=)

Dialah(Allah)yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)(Al Mulk:2)


Ramadhan datang lagi,terasa begitu cepat masa berlalu sehinggakan kita bertemu semula dengan bulan ramadhan yang mulia.Selamat menjalani ibadah puasa,semoga keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah semakin menebal di dalam jiwa.



Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar". (Ath-Thalaq : 2)

"Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya". (Ath-Thalaq : 3)

Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya". (Ath-Thalaq : 4)

Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menghapus kesalahan-kesalahan dan akan melipat gandakan pahala baginya". (Ath-Thalaq : 5)


Ya Allah,,janganlah Kau jadikan dunia ini kerunsinganku yang besar, jadikanlah akhirat kerinduanku...

Ya Allah,janganlah Kau bebankan kepadaku beban yang tidak dapat aku memikulnya,,Ya Allah..ku mohon..permudahkanlah urusanku..

Ya Allah,sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang di dalam hatiku,apa yang ku alami sekarang. Ya Allah, ku bertawakal kepada-Mu,maka...ku mohon..cukupkanlah keperluanku.


..Urm..life is a test,,moga kita tabah menghadapinya..

Wah! dah lame aku tak menulis kat blog ni..huhu..erm..tak sempat nak menulis and mencari idea utk entri baru.hu..

erm...May Allah ease evrything..aminn...=)



Nabi saw bersabda, maksudnya : " Sesiapa yg dikehendaki Allah SWT untuknya kebaikan,

maka dia akan diberi kefahaman dalam urusan agamanya".

(Maksud hadis riwayat al-Bukhari & Muslim )



Teduhan tangan dari hujan..=)
Suka sgt gambo ni,sweeet!ambik dari cite Sad Sonata..ngeh ngeh =).Baru je blaja camne nak ambik gambo dari muvee.hihhi.=D.Dari dulu memang cari gambo ni!=D. Tapi kalu lagi clear,lagi cantik ar gambo nih.=).
Kat bawah ni gambo-gambo len yg tak kurang sweetnye..hee











Lagu: Untukmu Teman by Brothers


Heheh..karya saya zaman sekolah dulu, bila baca balik...rasa klakar dan malu plak.
Biar persahabatan kita kerana Allah,kerana itu lebih manis, kerana itu lebih indah! bersulamkan rasa kasih sayang kepada Ilahi. Moga ukhwah fillah diredhai-Nya. Saya sayang kawan-kawan saya..=)

Nur Persahabatan

Teman
Dirimu insan istimewa
Penghibur di kala duka
Penawar tatkala derita
Kau pengukir senyum di bibir ini
Gelak tawa juga gurau sendamu
Penghias jalinan persahabatan kita

Teman,
Jika aku hanya fikirkan dunia
Kau pimpinlah aku ke jalan Ilahi
Menuju kejayaan duniawi dan ukhrawi
Kiranya diriku bersalah
Tegurlah supaya aku sedar kesilapanku

Dan..
Andainya diri ini pernah menyakiti hatimu
Ku pinta seribu kemaafan
Kerana aku kadang kala alpa
Alpa tentang nilai sebuah persahabatan yang suci ini

Teman
Dalam menyelusuri usia remaja ini
Banyak cabaran mendewasakan kita
Aku dan engkau berjaya menempuhnya dengan tabah
Kerana kita yakin ada hikmah disebaliknya
Ku harap kita akan tetap bersama
Melewati liku-liku hidup ini..

Teman
Jangan kau ucap kata perpisahan
Kerana aku tak bisa menerimanya
Berdoalah untuk ikatan murni ini
Agar tetap kukuh hingga ke akhir ayat...



Gambar atas tu gambar misaki dalam cite Attention Please., dah lama dah tengok cite ni dan cite ni memang best ar ,leh katakan cite feveret tapi takdelah sampai berulang kali tengok, saya bukan peminat fanatik sesuatu..hehe. Cite ni best sebab jalan cite yang menarik dan ada misaki yang comel! heh..name betol misaki ialah ueto aya. Suka watak misaki dalam cite ni,klakar ble tgk perangai dan mimik muka die melakonkan watak tu.Nak tau lebih lanjut,kenelah tgk cite tu! =)confirm akan melekat sampai ke akhir cite! hehe.









Lagu dan gambo di atas dari cite korea iaitu sad sonata, dulu ada tayangkan kat tv 2.Adik saya memang peminat setia cite ni sampai sekarang die minat cite dan ost cite tu, tak tau lah nape die minat sangat.Saya taklah macam die, cukuplah sekadar tau cite dah lagu tu.heh. Cite ni best gak la tapi part yang paling saya suka masa zaman kanak2 diorang,,comel je bile si hero tadahkan tangan kat atas kepala si heroin mase hujan.sweet!:))dah lupe name watak utama dalam cite ni..dah lama dah tgk. Cite ni ending die tak berape best, ye laa dah namenye sad sonata...sad la kan ..heh.

p/s: erm..sejak kebelakangan ni cuaca meamang panas!asyik minum air je,,,huhu...sabor jelah. Skrang ni melayan cite korea wanted son in law kat tv 8,,erm..boleh lah citenye,,tak lah best sgt.=p






yAy! akhirnya dapat gak letak flash mp3 player idaman hatiku! hehe.dah lame nak wat, baru arini terjumpa cara yang paling mudah nak pasang flash mp3 player ni kat blog.Suka mp3 player ni sebab nampak simple je dan cam canggih..hiihi. ok,,lagu 1st yang saya letak guna flash mp3 player ni ialah lagu dari kumpulan nasyid zahran, Ampunkan Kami Tuhan.Memang suka lagu ni,,menyentuh perasaan la katakan..hehe :)))

p/s: lepas ni tak tau ar nak tambah pe lagi pembaharuan kat blog ni,,act takde idea nak wat entri ape kat blog wat mase skrg..aisey..




Seorang sahabat Nabi s.a.w yang bernama Ubay bin Ka’b berkata:

“Tidaklah seorang hamba meninggalkan sesuatu kerana Allah, melainkan Allah akan

memberinya sesuatu yang lebih baik daripada itu dari arah yang tidak disangka-

sangka.” Ucapan ini diriwayatkan oleh Ibn Al-Mubarak dalam kitab Al-Zuhd.




--- Saya ada satu impian...saya harap impian itu akan menjadi kenyataan walaupun saya rasakan mustahil akan berlaku..hihi....=p

--- Aku buat begitu...hanya untuk menjernihkan keadaan dan hatiku...maafkan aku.huhu.( situasi ni agak sukar buatku..huhu).Cobaaaaan..

--- Dulu ‘tiada’..sekarang ‘ada’, ingin aku ‘tiada’kannya semula.huhu. u can do it!

--- Erm..(tak terluah dan tak tertaip pulak disini..padahal macam-macam nak luahkan! sabor je laa..Lupakan saja!!!..adeh..huhu)..papepun .. Perancangan Allah lagi hebat!=)

---Ermm..moga-moga Allah memudahkan rezeki ku..amiin. (^_~)

---I juz want to be happy!!..=D

--Err..camne ek nak besarkan huruf-huruf kat blog?? aisey..tak abis blajo..




Antara banyak jalan hidup, yang manakah harus dipilih...yang manakah mengundang kejayaan,yang manakah terbaik buat saya. Saya tidak tahu...kita hanya merancang,Allah yang menentukan. Pernah tak merasa perancangan Allah lagi hebat? saya penah merasainya,sungguh ia amat terkesan di hati saya.=) Dan setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi, percayalah bahawa disebalik hikmah itu terdapat pertolongan Allah untuk kebaikan kita juga.Bercakap pasal jalan hidup..ada orang pernah berkata kepada saya " Setiap orang jalan hidupnya berbeza, ada yang dapat mencapai kejayaan dengan mudah dan senang dan ada dengan cara yang susah”. Ada orang yang dipilih untuk melalui jalan yang sukar supaya nanti dia menjadi orang hebat, supaya nanti apa-apa cabaran lain yang lebih besar dugaannya, dia dapat melaluinya dengan mudah, supaya nanti dia tahu cara-cara untuk menghadapi masalahnya kerana dia sudah belajar dari pengalaman. Pengalaman yang diibaratkan sebagai guru yang mengajarnya erti hidup. Saya seolah pandai berbicara mengenai hidup padahal saya sendiri seperti berada dalam sebuah kapal yang takut andai kapal saya tersalah haluan,takut andainya tiba-tiba badai gelombang memukul kapal saya hingga karam. Betapa saya minta supaya Allah selalu memimpin hidup saya ke jalan hidup yang diredhaiNya dan menjadi hamba Allah yang berjaya. Hidup memerlukan ‘kompas’ agar kita menelusuri jalan hidup yang benar mengikut acuan Islam dan supaya kita memilih jalan kebaikan yang diredhai-Nya dan bukan jalan keburukan. Kompas kehidupan itu seterusnya akan memandu kita menjadi hamba-Nya yang bertaqwa dan mendekatkan lagi kita dengan –Nya.

Imam Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
Mafhumnya: “Daku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah (al-Qur‘an) dan sunnah Rasul-Nya”.

Maka, berpegang teguhlah kita kepada Al-Qur’an As-Sunnah. Itulah ‘kompas’ terbaik hidup kita!.



Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah dengan sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang). (Al-Ahzab:Ayat 21)


Katakanlah (Muhammad), “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu. “Allah Maha Pengampun ,Maha Penyayang .
(Ali-Imran : 31)


Sayyidatina ‘Aisyah r.a. pernah ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, maka dijawabnya:
“Bahawa akhlaknya (Rasulullah SAW) adalah al-Quran.” (Riwayat Ahmad-Sahih)



"Dan bahawa sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia. (Al-Qalam :4
)


Peribadi Rasulullah S.A.W adalah model yang sangat agung dan terbaik(qudwah hasanah) untuk kita contohi. Oleh itu, ada baiknya jika kita mengamalkan beberapa contoh akhlak Rasulullah melalui sunnah baginda . Moga-moga segala perbuatan dan amalan kita akan sentiasa disenangi oleh orang disekeliling kita dan diredhai Allah.




Di antara keperibadian dan akhlak mulia Nabi Muhammad s.a.w ialah :
1) Wajah baginda sentiasa ceria,elok dan sempurna, sehingga sejuk mata memandang baginda.
2) Baginda mengambil wudhuk sebelum tidur dan berzikir sehingga lena.
4) Baginda gemar makan beramai-ramai daripada berseorangan.
5) Baginda makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
6) Baginda tidak pernah mengumpat atau mencerca, apalagi menghina orang lain.
7) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas.
8) Baginda suka membalas hadiah.
9) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar dari rumah atau semasa masuk ke rumah.
10) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya.
11) Baginda sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang baginda temui.
12) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa.
13) Ketika berjabat tangan, baginda tidak melepaskan tangannya sehingga orang dijabatnya itu melepasakan tangannya.
14) Baginda mengangkat tangan memberi hormat apabila melepasi kumpulan kanak-kanak.
15) Baginda tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama.
16) Baginda sangat menghormati orang tua dan mengasihani orang muda dan kanak-kanak.
17) Baginda tidak pernah menjulurkan kakinya di depan sahabat.
18) Suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas.
19) Baginda sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya.
20) Baginda tidak pernah ketawa terbahak-bahak, cuma tersenyum lembut.
21) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara.
22) Baginda sangat sabar dan tabah apabila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan.
23) Baginda sentiasa membantu orang lain walaupun baginda sendiri dalam kesusahan.
24) Baginda suka menziarahi orang sakit.
25) Amat pemurah sehingga digambarkan seperti ‘angin lalu’.
26) Tidak pernah mengambil rezeki Allah melebihi keperluan asas makan minum baginda. Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk tujuan fisabilillah.


Takkan ...
ku biarkan hatiku hancur lagi
buat kali kedua
dan buat selamanya
Betapa ku mengharap..
agar hatiku pulih kembali
agar hatiku tidak sakit lagi
agar iman tetap setia menjaga hatiku
biar selamanya begitu
selamanya dalam keadaan terjaga
tiada iri
tiada hasad
tiada berburuk sangka
dan tiada lagi..
yang mampu menghancur luluh kan hatiku
akan aku dirikan benteng-benteng dan tembok yang kukuh
menjaga seluruh hatiku
agar cahaya iman memancar
ke seluruh hatiku
ke seluruh hidupku
menyuluh jalan kebenaran
menunjuk jalan ke syurga.

-Ya Allah..hatiku minta dijaga dengan bantuan-Mu,,mana mungkin hambaMu yang lemah ini melaluinya keseorangan..betapa..aku minta pertolongan-Mu..Ya Allah,,jagalah aku supaya selalu dalam pimpinan-Mu~






Abu Abdillah Nu'man bin Basyir r.a berkata, Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,
" Sesungguhnya yang halal itu telah jelas dan yang haram itu telah jelas. Sedangkan di antaranya ada masalah yang samar-samar(syubhah) yang kebanyakan manusia tidak mengetahui (hukum)-nya. Barangsiapa menghindari yang samar-samar, maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang jatuh ke dalam yang samr-samar maka ia telah jatuh ke dalam perkara yang haram. Seperti pengembala yang berada dekat pagar milik orang lain, dikhuatirkan ia akan masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahwa setap raja memiliki pagar(aturan). Ketahuilah , bahwa pagar Allah adalah larangan-larangan-Nya. Ketahuilah,bahawa di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula jasadnya, dan jika ia rosak , maka rosak pula seluruh jasadnya.Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati." (H.R Bukhari dan Muslim)-Hadis An-Nawawi



Dari hadis di atas dapat kita simpulkan bahawa hati memainkan peranan yang cukup penting dalam mencorakkan perjalanan hidup kita sama ada baik atau buruk.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnya:
"Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi."


Oleh itu, kita hendaklah menjaga, merawat dan memberi makanan rohani yang terbaik kepada hati kita supaya hati kita melahirkan nilai-nilai yang baik-baik sahaja untuk diri kita dan perjalanan hidup kita. Apa-apa tindakan yang ingin kita lakukan bermula dengan niat dari hati kita, seandainya niat kita baik kerana Allah dan untuk mendapat redha-Nya, maka kita mendapat ganjaran di sisi-Nya walaupaun kebaikan yang kita lakukan itu hanyalah sedikit dan kecil di pandangan manusia. Begitu juga , seandainya kita membuat kejahatan hanya sedikit, maka kita juga akan mendapat balasan dari Allah.


Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (balasannya). (Az-Zalzalah : 7)

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (balasannya) . (Az-Zalzalah :8)


Tetapi betapa Maha Pengasih dan Penyayangnya Allah dalam membalas amal perbuatan kita. Apabila kita membuat amal kebaikan, Allah akan melipat gandakan kan pahala kita, tetapi apabila kita melakukan kejahatan, Allah hanya memberikan balasan yang setimpal dengan kejahatan yang kita lakukan.

Barangsiapa datang dengan (membawa) kebaikan, maka dia akan mendapat (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu ; dan barang siapa datang dengan (membawa) kejahatan, maka orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu hanya diberi balasan seimbang dengan apa yang dahulu mereka kerjakan. (Al-Qasas-84)

Agaknya kenapa hati memainkan peranan penting dalam menentukan siapa diri kita dan tindakan-tindakan dalam kehidupan kita? .Ini kerana iman itu letaknya di hati dan sejauh mana dan sedalam mana iman kita itu akan berkadar terus dengan corak kehidupan kita. Seandainya iman di hati kita kuat dan mantap, maka cahaya keimanan itu akan memandu pemikiran dan tindakan kita di atas jalan yang baik dan diredhai Allah dan seandainya hati yang menampung iman itu tidak bersih dan lemah, maka iman tidak dapat menetap dengan kukuh di dalam hati, ini seterusnya akan mengundang pemikiran dan tindakan-tindakan yang negatif dan tidak disukai Allah. Oleh itu,menjadi kewajiban kita untuk selalu membersihkan hati kita dari penyakit-penyakit hati dan sifat-sifat mazmumah agar hati kita sentiasa bersih dan seterusnya iman dapat menjadi teman setia dalam mengiringi setiap langkah dalam hidup kita.
Terdapat beberapa kaedah dan usaha-usaha yang perlu kita gerakkan dalam mencapai misi pembersihan hati ini dan perlaksanaan usaha ini hendaklah dilakukan dengan azam yang kuat dan tanpa ada masa untuk bertangguh-tangguh lagi. Ini kerana, apabila kita melambat-lambatkannya, maka akan bertambahlah penyakit-penyakit hati yang lain di hati, membiak dan terus menjadikan hati kita sebagai tempat permaustautin tetap. Di kala itu, hati yang yang pada mulanya hanya mempunyai satu dua titik hitam akan bertambah bilangannya dan seterusnya hitam keseluruhannya.

Dalam hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)


Mahukah kita mempunyai hati kotor seperti itu? Sudah pasti jawapannya tidak bukan?. Jadi usah biarkan hati kita menjadi hitam,hancur, kotor, rosak dan mati disebabkan ‘pendatang-pendatang haram’ yang masuk ke wilayah hati kita.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnya:
"Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi."

Lalu orang bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?"

Jawab Rasulullah: "Membaca al-Quran dan mengingati mati." Membaca al-Quran dijelaskan di sini bagi membersihkan kekotoran di jantung yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah.


Dari sabda Rasulullah s.a.w di atas, dapat kita tahu bahawa langkah utama dalam mengembalikan hati yang bersih dan suci ialah dengan membaca Al-Qur’an dan mengingati mati. Membaca Al-Qur’an hendaklah dilakukan sekali dengan mentadbur isi kandungannnya agar kita dapat memahami setiap ayat yang kita baca dan agar ketaqwaan kita kepada Allah semakin bertambah.



Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan sebaliknya Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al-Isra’ :82)

Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata). (Fussilat :44)


Usaha-usaha lain yang boleh kita lakukan ialah dengan berfikiran positif selalu. Berfikiran positif amat penting supaya penyakit berburuk sangka kepada orang lain tidak wujud dalam kehidupan seharian kita. Apabila kita berfikiran positif, maka akan terhapuslah sifat suka berburuk sangka dan seterusnya sifat bersangka baik (husnuzh zhan) akan mengambil alih tempat di hati kita. Selain itu, berrfikiran positif juga akan menenangkan pemikiran dan hati kita daripada terus memikirkan perkara-perkara yang tidak benar.


Allah berfirman yang ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Q.S Al-Hujuraat : 12)


Rasulullah s.a. w pernah bersabda :
“Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta” (HR. Muttafaqun alaihi)



Apabila telah sampai kepada kita tentang informasi atau khabar negatif mengenai peribadi seseorang atau berita lain yang kita tidak pasti akan kebenarannya, maka kita seharusnya melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya agar perkara yang berunsur dusta (tidak benar) dan fitnah tidak tersebar dan yang lebih penting agar hubungan ukhwah islamiyah antara kita tetap terpelihara.

Allah berfirman yang ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S Al-Hujuraat : 6)


Rasulullah s.a.w bersabda :
“Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta. HR. Bukhari


Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan.



Langkah lain ialah dengan mengambil sedikit masa untuk muhasabah diri sendiri. Seringkali kita lupa untuk melakukan perkara ini padahal muhasabah dengan niat untuk menyelidiki apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita dan menginsafi diri amat penting ke arah menjadi hamba Allah yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Hanya dengan bermuhasabah tidak cukup, ini mestilah diikuti dengan usaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri menuju pembentukan diri yang lebih baik agar kesilapan yang sama tidak berulang buat kali ke dua.

Antara amalan-amalan lain yang boleh kita lakukan untuk membersihkan hati ialah dengan :
-Banyak mengingati Allah dengan berzikir.
-Memperbanyakan solat-solat sunat terutamanya solat taubat.
-Berdoa kepada Allah supaya hati bersih.
-Redha dengan ketentuan Ilahi. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.
-Jaga makanan supaya hanya bersumber dari rezeki yang halal, elakkan makan makanan yang syubhah.



“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu, tidak juga kepada rupa kamu tetapi ia melihat kepada hati dan amalan kamu”. ( Hadis Riwayat Muslim)
.




Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).(Al-A'raf :57)


Maka lihatlah olehmu kepada kesan-kesan rahmat Allah, bagaimana Dia menghidupkan bumi sesudah matinya (dengan tanaman-tanaman yang menghijau subur). Sesungguhnya Allah yang demikian kekuasaanNya, sudah tentu berkuasa menghidupkan orang-orang yang telah mati dan (ingatlah) Dia maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Ar-Rum:50)


Dan Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Kami halakan awan itu ke negeri yang mati (yang kering kontang); lalu Kami hidupkan bumi sesudah matinya dengan (hujan dari awan) itu. Sedemikian itu pula kebangkitan manusia (hidup semula sesudah mati). (Fatir :9)


Related Posts with Thumbnails

Followers flowers.

My Blog List