=)

Dialah(Allah)yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)(Al Mulk:2)

Kaset album Soutus Sofwa yang berjudul Akhlak Mulia pemberian Busu semasa saya kecik-kecik dulu. Boleh dikatakan kaset nasyid pertama milik saya..hehe. Masa zaman bebudak dulu memang suka dengar lagu-lagu dari kumpulan soutus sofwa ni, antara lagu yang saya suka dengar ialah lagu Tunaikan solat, Tuhan bantulah kami, Maal Hijrah dan Akhlak mulia..best-best!..=) Di bawah ni adalah lagu akhlak mulia...try ar dengar..hee=D






Above shown photos are of the two rivers flowing in southern part near Cape Town , South Africa . These rivers flow together and there nature came to know in the starting of 20th century where as ALLAH (SWT) mentioned the nature of these two rivers in Holy Quran around 1400years Back.
These two river flow together and finally settle down in the Ocean, taste of one river is extreamly sweet whereas the taste of another river is extreamly opposite (that is bitter) but they never mix. There is nothing in between these rivers which stops them from mixing togther but its is the will & order of ALLAH (SWT).
[ Al- Furqan:53 ] : Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Dia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.

[Ar Rahman : 19 – 21] : Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[Al-Naml :61] : Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui..
SubhanaAllah, betapa Maha hebatnya Allah menciptakan alam milik-Nya, dua laut yang mempunyai ciri-ciri yang berlainan dari segi rasa dan lain-lain tidak bercampur walaupun dua laut itu berdampingan antara satu sama lain...SubhanAllah, Maha suci Allah yang berkuasa atas tiap sesuatu..Kajian sains berkenanaan dengan kejadian ini telah dirungkai oleh para saintis dan penjelasan mengenai ini boleh didapati melalui laman web quranandscience.com. Sila klik link : The Description of the Barrier Between Two Seas



Hujan masih lagi menimpa bumi tempat tinggal ku..rasa penat baru balik dari sekolah masih belum hilang, sedikit kecewa dan tensen bile tak dapt wat keje ngan baik pada hari ni.Mintak maaf banyak-banyak if ada kekurangan dalam hasil tugasan.hu. Lagi 2 hari lagi sesi persekolahan akan tamat,cuti sekolah yang panjang akan bermula tidak lama lagi.
Titis-titis hujan masih membasahi tanah kampung halaman..rasa sejuk menyelumuti diri.
Hujan..tanda kasih sayang Ilahi pada hamba-hamba-Nya, bayangkan jika tiada hujan, tiada air yang turun dari langit..apa yang akan terjadi? sudah pasti tanah akan kering kontang dan merekah kekeringan, tumbuhan yang kita tanam akan mati kelayuan kerana tidak cukup keperluan untuk tumbuh membesar dan pasti bekalan air untuk manusia di bumi semakin kurang sehingga tidak mustahil manusia akan mati kehausan. SubhanAllah, betapa sayangnya Allah pada kita menurunkan hujan untuk kita semua termasuk makhluk-makhluk-Nya yang lain untuk kelangsungan kehidupan kita di bumi. Jika tiada hujan, maka tumbuhan yang menjadi sumber makanan kepada kita tidak akan membuahkan hasil, jadi bagaimana manusia ingin mendapatkan sumber makanan?, bagaimana petani mendapatkan pendapatan untuk menyara kehidupan keluarga mereka?. Jadi, kita sebagai hamba-Nya kenalah bersyukur dengan rahmat hujan dari Ilahi ,kadang-kadang kita tak nampak kelebihan hujan pemberian Ilahi kepada kita padahal di sebalik kejadian tu, tersirat banyak kelebihan dan kepentingannya. Janganlah kita nak merungut yang hujan menyebabkan kerja kita tergendala atau sebagainya, tu semua Allah nak uji kita..tu baru je sikit Allah nak uji kita..nak tengok kita macammana. Allah baru beri ujian sikit, padahal nikmat Allah lagi banyak dari ujian yang kita dapat. Apa-apa bentuk ujian kat dunia ni sebenarnya nak buat kita sedar akan kesilapan kita dan Allah nak kita kembali kepadanya, tak ke bila kita susah dan di landa ujian , kita kan meminta tolong dari-Nya. Semua ni Allah tak jadikan dengan sia-sia melainkan ada hikmah di sebaliknya.Ujian tu pun tanda kasih cinta-Nya kepada kita, Allah tak nak kita terus dalam kesesatan, Allah nak kita kembali semula kepada-Nya.Jadi bersabarlah dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersyukur.


[Ibrahim :7] Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.

[Al-Furqan :48] Dan Dialah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya dan Kami menurunkan dari langit: Air yang bersih suci.
[Al-A'raf :57] Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).

Nur
1 Zulhijjah 1430 Hijrah
18 November 2009
19.18 p.m

Sejak akhir-akhir ni suka dengar lagu nasyid hadis dari album Xifu & The Algebra. Best-best! =), Album ini yang diberi tajuk "Hijrah : Mengapa Saya Memeluk Islam" ialah naungan bersama Xifu Naseer & Xifu Mu'adz dibantu Ustaz Mazlee Malik (Aktivis Isu Palestin), Nash (Lefthanded), Dayang Ku Intan, Shah Kirit (Saba' Islamic Media), Alex Koh, Hafiz William (Bekas anggota X-Factor), Al:Masaar & Moose of Soul Dinero (Anak Dr Dzulkefli Ahmad.
Salah satu lagu yang dimuatkan dalam album ni ialah lagu Brotherhood . Lagu ni diambil dari hadis yang ke 35 iaitu mengenai Ukhwah dan Hak -hak Muslim.

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.aw bersabda :
"Jangan saling menghasud, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi, dan janganlah sebahagian dari kalian membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Orang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, maka jangan berlaku aniaya kepadanya, jangan membiarkannya tertindas, jangan membohonginya dan jangan merendahkannya. Takwa itu di sini, sambil Rasulullah s.a.w menunjuk ke dadanya dan mengulanginya hingga 3 kali. Sudah memadailah kejahatan seseorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya." -Hadis 40 An-Nawawi


Saat hati kecilku berbicara,
Bicara sebuah cerita keliru,
Jalan manakah harus kakiku jejaki
Dalam mencari keikhlasan di jalan Allah
Hatiku semakin resah
Jiwaku diamuk gundah
Fikiranku entah ke mana
Cerita hidupku tidak nampak hala tuju
Seakan sesat di dunia ciptaan sendiri
Ya Allah,
Aku benar-benar tidak tahu
Jalan manakah harus ku pilih
Antara kehendak rasa dan matlamat jitu
Sememangnya harapanku melangit tinggi
Ingin membina istana utuh di puncak jaya
Tapi aku tidak mampu
Semangat luntur, luruh di tengah jalan
Tidak tahu di mana silapnya
Tidak tahu di mana puncanya
Ya Allah,
Terkadang ku terfikir
Dosa ku yang manakah
Lantaranku tidak mampu mengukir satu titik noktah!







































Sutera kasih..lagu yg suatu masa dulu (takde lah lama sgt) menjadi pegubat lara, lagu yang menjadikan jiwa sy tenang setelah di landa gundah dan resah yang tiada maknanya di sisi Tuhan. Actually mase beli kaset in-team yg memuatkan lagu ni, sy tak suka sgt dgr lagu ni coz tak faham sgt ape yg nak disampaikan...tapi ble dah mengalami satu situasi yg betul-betul membuatkan hati resah dan membuatkan diri tidak keruan dek kerana masalah yg melanda...tiba-tiba lirik lagu ni tergiang-ngiang di kotak ingatan mase on da way balik kg...tak tau nape tetibe je bait-bait lagu tu muncul di kotak ingatan..mase tu lah rase hati yang pecah semakin bertaut kembali, sedih yg membalut diri kian lerai . Lagu Sutera Kasih membuat jiwa sy tenang, sungguh tak percaya,,,sebuah lagu bisa menenangkan hati yg bergelora. Then, sy selalu dgr lagu tu dgn mp3...sampaikan wat keje kat dapur pon dgr lagu tu.heh. Sy bukan sekadar melayan lunaknya suara penyanyi kump. tu dan bukan sekadar melayan perasan mendengar alunan-alunan muzik yg membelai jiwa,,tapi lebih kepada menghayati maksud yg tersirat di sebalik bait-bait lirik tu. Ternyata,,dengan izin Allah..lagu tu membantu hati sy untuk melawan perasan yg dilanda resah dan dalam kesedihan..alhamdulillah. =)




Sutera kasih ...-In-team

Kian lama terpenjara mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta
Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah.. terbenam kepalsuan
Tuhan padaMu ada kedamaian
DiribaanMu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
CintaMu cinta tulus suci murni
KasihMu nan abadi
Bertautlah...bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Meleburkan kerinduaan syahdu pada yang Maha Esa
Sutera kasih membelai..membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai..mengisi kekosongan pengharapan
Rela pasrahkan kehidupan mengharungi cabaran rintangan perjalanan dihadapan
Doa dan titis air mata mendamba sutera kasih agar terus bersemi selamanya..

Related Posts with Thumbnails
iluvislam

Followers flowers.

My Blog List

FREE PALESTINE