Antara lagu yang saya suka dengar..Ku serah Cinta Ini. Nadamurni, Suara Hati dan In-team pernah menyanyikan lagu ini.
Album : Kembalilah Kasih
Antara lagu yang saya suka dengar..Ku serah Cinta Ini. Nadamurni, Suara Hati dan In-team pernah menyanyikan lagu ini.
Kaset album Soutus Sofwa yang berjudul Akhlak Mulia pemberian Busu semasa saya kecik-kecik dulu. Boleh dikatakan kaset nasyid pertama milik saya..hehe. Masa zaman bebudak dulu memang suka dengar lagu-lagu dari kumpulan soutus sofwa ni, antara lagu yang saya suka dengar ialah lagu Tunaikan solat, Tuhan bantulah kami, Maal Hijrah dan Akhlak mulia..best-best!..=) Di bawah ni adalah lagu akhlak mulia...try ar dengar..hee=D
Sejak akhir-akhir ni suka dengar lagu nasyid hadis dari album Xifu & The Algebra. Best-best! =), Album ini yang diberi tajuk "Hijrah : Mengapa Saya Memeluk Islam" ialah naungan bersama Xifu Naseer & Xifu Mu'adz dibantu Ustaz Mazlee Malik (Aktivis Isu Palestin), Nash (Lefthanded), Dayang Ku Intan, Shah Kirit (Saba' Islamic Media), Alex Koh, Hafiz William (Bekas anggota X-Factor), Al:Masaar & Moose of Soul Dinero (Anak Dr Dzulkefli Ahmad.
Salah satu lagu yang dimuatkan dalam album ni ialah lagu Brotherhood . Lagu ni diambil dari hadis yang ke 35 iaitu mengenai Ukhwah dan Hak -hak Muslim.
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.aw bersabda :
"Jangan saling menghasud, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi, dan janganlah sebahagian dari kalian membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Orang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, maka jangan berlaku aniaya kepadanya, jangan membiarkannya tertindas, jangan membohonginya dan jangan merendahkannya. Takwa itu di sini, sambil Rasulullah s.a.w menunjuk ke dadanya dan mengulanginya hingga 3 kali. Sudah memadailah kejahatan seseorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya." -Hadis 40 An-Nawawi
Copyright 2009
=)
Web Design
:Ray Creations. Sponsored by
Web Hosting India and
Ray Hosting.