=)

Dialah(Allah)yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)(Al Mulk:2)

Showing posts with label saya suke nasyid. Show all posts
Showing posts with label saya suke nasyid. Show all posts






yAy! akhirnya dapat gak letak flash mp3 player idaman hatiku! hehe.dah lame nak wat, baru arini terjumpa cara yang paling mudah nak pasang flash mp3 player ni kat blog.Suka mp3 player ni sebab nampak simple je dan cam canggih..hiihi. ok,,lagu 1st yang saya letak guna flash mp3 player ni ialah lagu dari kumpulan nasyid zahran, Ampunkan Kami Tuhan.Memang suka lagu ni,,menyentuh perasaan la katakan..hehe :)))

p/s: lepas ni tak tau ar nak tambah pe lagi pembaharuan kat blog ni,,act takde idea nak wat entri ape kat blog wat mase skrg..aisey..

Antara lagu yang saya suka dengar..Ku serah Cinta Ini. Nadamurni, Suara Hati dan In-team pernah menyanyikan lagu ini.

Kuserah Cinta Ini
Album : Kembalilah Kasih
Munsyid : Suara Hati
Kuserah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu
Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat
Telah kuserah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan
Aku semakin tidak peduli
Apa yang mahu akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah
Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan kuserah jiwa ini
Sepenuh hati dalam perjuangan
Aku adalah aku yang berjuang
Lagu: Isman Nadim
Lirik: Pahrol Mohd Juoi

Kaset album Soutus Sofwa yang berjudul Akhlak Mulia pemberian Busu semasa saya kecik-kecik dulu. Boleh dikatakan kaset nasyid pertama milik saya..hehe. Masa zaman bebudak dulu memang suka dengar lagu-lagu dari kumpulan soutus sofwa ni, antara lagu yang saya suka dengar ialah lagu Tunaikan solat, Tuhan bantulah kami, Maal Hijrah dan Akhlak mulia..best-best!..=) Di bawah ni adalah lagu akhlak mulia...try ar dengar..hee=D




Sejak akhir-akhir ni suka dengar lagu nasyid hadis dari album Xifu & The Algebra. Best-best! =), Album ini yang diberi tajuk "Hijrah : Mengapa Saya Memeluk Islam" ialah naungan bersama Xifu Naseer & Xifu Mu'adz dibantu Ustaz Mazlee Malik (Aktivis Isu Palestin), Nash (Lefthanded), Dayang Ku Intan, Shah Kirit (Saba' Islamic Media), Alex Koh, Hafiz William (Bekas anggota X-Factor), Al:Masaar & Moose of Soul Dinero (Anak Dr Dzulkefli Ahmad.
Salah satu lagu yang dimuatkan dalam album ni ialah lagu Brotherhood . Lagu ni diambil dari hadis yang ke 35 iaitu mengenai Ukhwah dan Hak -hak Muslim.

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.aw bersabda :
"Jangan saling menghasud, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi, dan janganlah sebahagian dari kalian membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Orang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, maka jangan berlaku aniaya kepadanya, jangan membiarkannya tertindas, jangan membohonginya dan jangan merendahkannya. Takwa itu di sini, sambil Rasulullah s.a.w menunjuk ke dadanya dan mengulanginya hingga 3 kali. Sudah memadailah kejahatan seseorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya." -Hadis 40 An-Nawawi





Sutera kasih..lagu yg suatu masa dulu (takde lah lama sgt) menjadi pegubat lara, lagu yang menjadikan jiwa sy tenang setelah di landa gundah dan resah yang tiada maknanya di sisi Tuhan. Actually mase beli kaset in-team yg memuatkan lagu ni, sy tak suka sgt dgr lagu ni coz tak faham sgt ape yg nak disampaikan...tapi ble dah mengalami satu situasi yg betul-betul membuatkan hati resah dan membuatkan diri tidak keruan dek kerana masalah yg melanda...tiba-tiba lirik lagu ni tergiang-ngiang di kotak ingatan mase on da way balik kg...tak tau nape tetibe je bait-bait lagu tu muncul di kotak ingatan..mase tu lah rase hati yang pecah semakin bertaut kembali, sedih yg membalut diri kian lerai . Lagu Sutera Kasih membuat jiwa sy tenang, sungguh tak percaya,,,sebuah lagu bisa menenangkan hati yg bergelora. Then, sy selalu dgr lagu tu dgn mp3...sampaikan wat keje kat dapur pon dgr lagu tu.heh. Sy bukan sekadar melayan lunaknya suara penyanyi kump. tu dan bukan sekadar melayan perasan mendengar alunan-alunan muzik yg membelai jiwa,,tapi lebih kepada menghayati maksud yg tersirat di sebalik bait-bait lirik tu. Ternyata,,dengan izin Allah..lagu tu membantu hati sy untuk melawan perasan yg dilanda resah dan dalam kesedihan..alhamdulillah. =)




Sutera kasih ...-In-team

Kian lama terpenjara mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta
Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah.. terbenam kepalsuan
Tuhan padaMu ada kedamaian
DiribaanMu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
CintaMu cinta tulus suci murni
KasihMu nan abadi
Bertautlah...bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Meleburkan kerinduaan syahdu pada yang Maha Esa
Sutera kasih membelai..membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai..mengisi kekosongan pengharapan
Rela pasrahkan kehidupan mengharungi cabaran rintangan perjalanan dihadapan
Doa dan titis air mata mendamba sutera kasih agar terus bersemi selamanya..

Menelusuri denai kerinduan ini

Ku atur langkah mendaki cinta yang tertinggi

Perjalanannya tak seindah bicara

Penuh onak berduri harus ku tempuhi

Di tengah rimba kehidupan

Menjalar akar perasaan

Malar kecintaan atau kebencian

Segar cinta bertunjang keimanan

Layu cinta kerana tersungkur di perdu dosa

Bila cinta diracun alpa dan prasangka

Pasti ia takkan kekal lama

Kebencian pun mula melata di jiwa

Ku mengimpikan kuntum cinta

Harum mewangi penuh warna

Kembangnya dibaja taqwa kepadaNya

Kan ku sunting ia jadi hiasan

Serikan kesuraman taman hatiku selamanya

Namun cinta sejati, suci dan abadi

Hanyalah cinta pada Ilahi

Raih cintaNya syarat menuju firdausi

Sandaran cinta kepada Tuhan Yang Esa

Tenang dirimbun kasihnya mengubat lara

Tak ketemu kecewa hanyalah bahagia ~~~

Related Posts with Thumbnails
Click Me~
Powered By Blogger

Demi masa

About Me

My photo
Seorang hamba Allah yg mengharapkan redha-Nya,mengharapkan petunjuk-Nya dan mengharapkan pimpinan Allah selalu. "Ya Allah,jadikanlah aku hamba-Mu yg sabar dan kuatkanlah hatiku dalam menghadapi ujian dari-Mu dan.. luruskanlah langkahku...luruskanlah hatiku..amiin...".

About this blog

iluvislam

Followers flowers.

My Blog List

FREE PALESTINE