Assalamualaikum..selamat berpuasa semua!!! macam mana puasa anda pada hari ini?? dah 17 Ramadahan dah hari ni.Act saya lupe arini Nuzul Al-Qur'an,pagi-pagi tadi masa g opis,mood tak berapa ok,,ade je yg benda yang saya cepat nak marah..huu..saya dah lupe yang bulan puasa pun bulan melatih diri supaya jadik lebih baik.Puasa bukan hanya terletak pada menahan lapar dan dahaga,tapi menahan diri dari perkara-perkara yang tidak baik dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. So,menahan diri dari marah tu jugak termasuk dalam pakej berpuasa gak.Ingat tu! Time mood tak berapa ok tu,ada lah sorang hamba Allah ni yang duduk berdekatan ngan saya,die tgk mood sya tak berapa ok,,terus die ckap..hari ni kan Nuzul Al-Quran,,dah berapa juzuk baca? Urm..masa tu lah saya rase cam,,aduh,,tak patutnye saya marah2 tadi,alhamdulillah Allah gerakkan hati dia utk mengingtkan sya yang sekarang bulan puasa,,jangan lah nak mrah2 sgt..huhu.Ya Allah,terima kasih,kerana mengingatkan,sesungguhnya hambaMu ini mudah lupa,leka..
Dalam hati saya terdetik,mesti die dah banyak baca al-Quran dan berusaha utk mengkhatamkan Al-Quran..saya ni?? Ya Allah..jangan cakaplah...jadi malu ngan diri sendiri..banyak lagi sya kena tahu untuk memanfaatkan Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni.Sesiapa yang dlam usaha mengkhtamkan Al'Quran,baguslah..alhamdulilalh..moga anda terus bermujahadah untuk tetap terus mengkhatamkan Al'Quran.Sesiapa yang masih belum terfikir lagi nak memanfaatkan bulan Ramadhan ngan memperbanykkan baca Al-Quran,maka peluang masih lagi terbuka..masih ade lebih kurang 12 hari lagi untuk kita memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan ibadah seperti membaca AlQur'an.Marilah juga mencari malam Lailatul Qadar yang terdapat dalam 10 Ramadhan terakhir.Bagi saya,Bulan Ramadhan ialah bulan penyucian diri kita terutama sekali hati kita dari perkara-perkara yang tidak sepatutnya bertapak dalam diri seorang mukmin itu seperti sifa-sifat mazmumah(seperti riak,buruk sangka,mencela,mengumpat)Dalam meraih kembali kepada fitrah kejadian iaitu hati dan diri yang suci dan bersih, maka Allah menjadikan salah satu dalam bulan Islam iatu Bulan Ramadhan sebagai bulan penyucian diri kita supaya bersih dari sifat-sifat yang tecela.Maka,hamba Allah yang ikhlas dalam berpuasa dengan penuh ketaatan dan memahami konsep berpuasa itu sendiri,selayaknya dia mendapat didikan yang sempurna dalam menghadapi bulan-bulan yang selepasnya.Didikan yang mengajar erti mengawal hawa nafsu dengan baik supaya membentuk diri bersabar dalam ketaatan dan bersabar dalam bermujahadah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang.Semoga Aidifilfitri pada tahun ini lebih bermakna dengan kemenangan kita memaknakan Ramadhan..
Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan AKUlah yang memberi pahala puasanya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari)
Alhamdulillah,,,alhamdulillah,,alhamdulillah..
Syukur ke hadrat Ilahi,seorang kawanku mengkhabarkan berita gembiranya kepadaku..i'm happy for you!! Berkat usaha and doa dia,Allah mengurniakan rezeki anak kepada dia setelah 2 tahun berkahwin..Alhamdulillah,,segala puji hanya pada Allah,,berkuasa memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya.Betapa bila kita berusaha,berdoa dan meminta org lain turut mendoakan sama,maka Allah dengan sifat Pengasih-Nya akan memudahkan jalan kita.
Saya berharap rezeki yang Allah anugerahkan itu bisa lebih mendekatkan diri dia kepada Ilahi...Tuhan pemberi rezeki..tanda kita bersyukur dengan pemberian-Nya.
-
--Ok,sya nak cakap pasal lelaki kat sini (tak pernah-pernah ye..huhu)..leh ke?? Saya nak cakap..yang lelaki tu pelindung kepada wanita..salah satu sifat yang kena ada pada seseorang lelaki ialah melindungi perempuan,,tolong la ye,,lindungilah kaum Hawa..jangan wat sesuatu yang leh merendahkan martabat seorang perempuan tu,lelaki yang baik ialah lelaki yang berusaha melindungi perempuan tu,menjaga maruah perempuan tu,menjaga iman di hatinya.Ni bukan setakat suami je yang kena lindungi isteri dia,tapi apabila lelaki tu di luar,,dia juga haruslah melindungi wanita yang berurusan dengan dia. Saya lebih menghormati lelaki-lelaki yang melindungi perempuan dari lelaki yang kurang sedar akan tanggungjwab mereka dalam melindungi perempuan.Jadilah lelaki yang soleh dengan melindungi perempuan..ok! peace!
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin (pelindung) bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (surah al-Nisa', 4:34).
Haa..tajuknye pass...boss aku cakp kat aku.."awak pass training"..Oh! pass ek,,betul ke ni,,cam tak sangka la..ye laa..banyak lagi benda yg aku tak mahir wat..tapi syukur..aku dah lulus..tapi..betul...bagi aku,,aku kene blaja lagi..coz aku tak cukup lagi mahir dalam keje aku..ye la pass kan..bukannye excellent..so..kalu pass tu..ade la markah dlam 40 peratus ke atas kan..so..oklah..heh..=p
ok,,nak cite pe lagi,,kat sini..ok,,nak ckap pasal..mengambil apa yg perlu sahaja.Maksudnya kat sini ,jangan berlebihan or melampaui batas dalam apa jua kita lakukan,kelak boleh mendatangkan mudarat,sebagai contoh..dadah,,dadah tu berguna dalam dose yg tertentu utk untuk diletakkan dalam ubat,tetapi bila dadah disalahgunakan iaitu diambil secara berlebihan,maka ia boleh memudaratkan kita..betul tak?..contoh len,,kalu makan banyak time buke pose (tak lama lagi bulan pose),makan lebih dari keperluan,maka..badan akan jadik tak larat nak dirikan solat terawih,,so,,makan sekadar yg perlu,,,iaitu cukuplah sampai kenyang je,toksah menyeksa perut ngan makan sume juadah dengan kuantiti yg banyak..tak ke itu memudaratkan..byk lagi contoh sebenarnye utk kite teladani and ambik iktibar,so..ambilah sekadar yg kite peru sahaja ok?!. (nasihat kat diri sendiri gak ni)
Ok,jom hayati plak hadis ni..
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa sallam bersabda,
“Demi Allah,dunia ini dibandingkan dengan akhirat ibarat seseorang yang mencelupkan jarinya ke laut, air yang tersisa di jarinya ketika diangkat itulah nilai dunia(laut diibaratkan seperti akhirat) ” (HR Muslim).
SubhanaAllah,akhirat tu lah sepatutnye jadik matlamat hidup kita...Dunia hanyalah sedikit nak dibandingkan ngan akhirat.So,,pilih mane? akhirat or dunia? anda lah yg menentukannya!..=)
-Saya hanya manusia biasa yang perlu kepada 'saling ingat-mengingati',,maka..ingatkanlah saya..-
21 Rejab
10.02 p.m
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar". (Ath-Thalaq : 2)
"Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya". (Ath-Thalaq : 3)
Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya". (Ath-Thalaq : 4)
Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menghapus kesalahan-kesalahan dan akan melipat gandakan pahala baginya". (Ath-Thalaq : 5)
Ya Allah,,janganlah Kau jadikan dunia ini kerunsinganku yang besar, jadikanlah akhirat kerinduanku...
Ya Allah,janganlah Kau bebankan kepadaku beban yang tidak dapat aku memikulnya,,Ya Allah..ku mohon..permudahkanlah urusanku..
Ya Allah,sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang di dalam hatiku,apa yang ku alami sekarang. Ya Allah, ku bertawakal kepada-Mu,maka...ku mohon..cukupkanlah keperluanku.
..Urm..life is a test,,moga kita tabah menghadapinya..
Antara banyak jalan hidup, yang manakah harus dipilih...yang manakah mengundang kejayaan,yang manakah terbaik buat saya. Saya tidak tahu...kita hanya merancang,Allah yang menentukan. Pernah tak merasa perancangan Allah lagi hebat? saya penah merasainya,sungguh ia amat terkesan di hati saya.=) Dan setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi, percayalah bahawa disebalik hikmah itu terdapat pertolongan Allah untuk kebaikan kita juga.Bercakap pasal jalan hidup..ada orang pernah berkata kepada saya " Setiap orang jalan hidupnya berbeza, ada yang dapat mencapai kejayaan dengan mudah dan senang dan ada dengan cara yang susah”. Ada orang yang dipilih untuk melalui jalan yang sukar supaya nanti dia menjadi orang hebat, supaya nanti apa-apa cabaran lain yang lebih besar dugaannya, dia dapat melaluinya dengan mudah, supaya nanti dia tahu cara-cara untuk menghadapi masalahnya kerana dia sudah belajar dari pengalaman. Pengalaman yang diibaratkan sebagai guru yang mengajarnya erti hidup. Saya seolah pandai berbicara mengenai hidup padahal saya sendiri seperti berada dalam sebuah kapal yang takut andai kapal saya tersalah haluan,takut andainya tiba-tiba badai gelombang memukul kapal saya hingga karam. Betapa saya minta supaya Allah selalu memimpin hidup saya ke jalan hidup yang diredhaiNya dan menjadi hamba Allah yang berjaya. Hidup memerlukan ‘kompas’ agar kita menelusuri jalan hidup yang benar mengikut acuan Islam dan supaya kita memilih jalan kebaikan yang diredhai-Nya dan bukan jalan keburukan. Kompas kehidupan itu seterusnya akan memandu kita menjadi hamba-Nya yang bertaqwa dan mendekatkan lagi kita dengan –Nya.
Imam Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
Mafhumnya: “Daku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah (al-Qur‘an) dan sunnah Rasul-Nya”.
Maka, berpegang teguhlah kita kepada Al-Qur’an As-Sunnah. Itulah ‘kompas’ terbaik hidup kita!.
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah dengan sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang). (Al-Ahzab:Ayat 21)
Katakanlah (Muhammad), “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu. “Allah Maha Pengampun ,Maha Penyayang .
(Ali-Imran : 31)
Sayyidatina ‘Aisyah r.a. pernah ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, maka dijawabnya:
“Bahawa akhlaknya (Rasulullah SAW) adalah al-Quran.” (Riwayat Ahmad-Sahih)
"Dan bahawa sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia. (Al-Qalam :4)
Peribadi Rasulullah S.A.W adalah model yang sangat agung dan terbaik(qudwah hasanah) untuk kita contohi. Oleh itu, ada baiknya jika kita mengamalkan beberapa contoh akhlak Rasulullah melalui sunnah baginda . Moga-moga segala perbuatan dan amalan kita akan sentiasa disenangi oleh orang disekeliling kita dan diredhai Allah.
Di antara keperibadian dan akhlak mulia Nabi Muhammad s.a.w ialah :
1) Wajah baginda sentiasa ceria,elok dan sempurna, sehingga sejuk mata memandang baginda.
2) Baginda mengambil wudhuk sebelum tidur dan berzikir sehingga lena.
4) Baginda gemar makan beramai-ramai daripada berseorangan.
5) Baginda makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
6) Baginda tidak pernah mengumpat atau mencerca, apalagi menghina orang lain.
7) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas.
8) Baginda suka membalas hadiah.
9) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar dari rumah atau semasa masuk ke rumah.
10) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya.
11) Baginda sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang baginda temui.
12) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa.
13) Ketika berjabat tangan, baginda tidak melepaskan tangannya sehingga orang dijabatnya itu melepasakan tangannya.
14) Baginda mengangkat tangan memberi hormat apabila melepasi kumpulan kanak-kanak.
15) Baginda tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama.
16) Baginda sangat menghormati orang tua dan mengasihani orang muda dan kanak-kanak.
17) Baginda tidak pernah menjulurkan kakinya di depan sahabat.
18) Suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas.
19) Baginda sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya.
20) Baginda tidak pernah ketawa terbahak-bahak, cuma tersenyum lembut.
21) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara.
22) Baginda sangat sabar dan tabah apabila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan.
23) Baginda sentiasa membantu orang lain walaupun baginda sendiri dalam kesusahan.
24) Baginda suka menziarahi orang sakit.
25) Amat pemurah sehingga digambarkan seperti ‘angin lalu’.
26) Tidak pernah mengambil rezeki Allah melebihi keperluan asas makan minum baginda. Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk tujuan fisabilillah.
Abu Abdillah Nu'man bin Basyir r.a berkata, Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,
" Sesungguhnya yang halal itu telah jelas dan yang haram itu telah jelas. Sedangkan di antaranya ada masalah yang samar-samar(syubhah) yang kebanyakan manusia tidak mengetahui (hukum)-nya. Barangsiapa menghindari yang samar-samar, maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang jatuh ke dalam yang samr-samar maka ia telah jatuh ke dalam perkara yang haram. Seperti pengembala yang berada dekat pagar milik orang lain, dikhuatirkan ia akan masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahwa setap raja memiliki pagar(aturan). Ketahuilah , bahwa pagar Allah adalah larangan-larangan-Nya. Ketahuilah,bahawa di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula jasadnya, dan jika ia rosak , maka rosak pula seluruh jasadnya.Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati." (H.R Bukhari dan Muslim)-Hadis An-Nawawi
Dari hadis di atas dapat kita simpulkan bahawa hati memainkan peranan yang cukup penting dalam mencorakkan perjalanan hidup kita sama ada baik atau buruk.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnya:
"Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi."
Oleh itu, kita hendaklah menjaga, merawat dan memberi makanan rohani yang terbaik kepada hati kita supaya hati kita melahirkan nilai-nilai yang baik-baik sahaja untuk diri kita dan perjalanan hidup kita. Apa-apa tindakan yang ingin kita lakukan bermula dengan niat dari hati kita, seandainya niat kita baik kerana Allah dan untuk mendapat redha-Nya, maka kita mendapat ganjaran di sisi-Nya walaupaun kebaikan yang kita lakukan itu hanyalah sedikit dan kecil di pandangan manusia. Begitu juga , seandainya kita membuat kejahatan hanya sedikit, maka kita juga akan mendapat balasan dari Allah.
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (balasannya). (Az-Zalzalah : 7)
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (balasannya) . (Az-Zalzalah :8)
Tetapi betapa Maha Pengasih dan Penyayangnya Allah dalam membalas amal perbuatan kita. Apabila kita membuat amal kebaikan, Allah akan melipat gandakan kan pahala kita, tetapi apabila kita melakukan kejahatan, Allah hanya memberikan balasan yang setimpal dengan kejahatan yang kita lakukan.
Barangsiapa datang dengan (membawa) kebaikan, maka dia akan mendapat (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu ; dan barang siapa datang dengan (membawa) kejahatan, maka orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu hanya diberi balasan seimbang dengan apa yang dahulu mereka kerjakan. (Al-Qasas-84)
Agaknya kenapa hati memainkan peranan penting dalam menentukan siapa diri kita dan tindakan-tindakan dalam kehidupan kita? .Ini kerana iman itu letaknya di hati dan sejauh mana dan sedalam mana iman kita itu akan berkadar terus dengan corak kehidupan kita. Seandainya iman di hati kita kuat dan mantap, maka cahaya keimanan itu akan memandu pemikiran dan tindakan kita di atas jalan yang baik dan diredhai Allah dan seandainya hati yang menampung iman itu tidak bersih dan lemah, maka iman tidak dapat menetap dengan kukuh di dalam hati, ini seterusnya akan mengundang pemikiran dan tindakan-tindakan yang negatif dan tidak disukai Allah. Oleh itu,menjadi kewajiban kita untuk selalu membersihkan hati kita dari penyakit-penyakit hati dan sifat-sifat mazmumah agar hati kita sentiasa bersih dan seterusnya iman dapat menjadi teman setia dalam mengiringi setiap langkah dalam hidup kita.
Terdapat beberapa kaedah dan usaha-usaha yang perlu kita gerakkan dalam mencapai misi pembersihan hati ini dan perlaksanaan usaha ini hendaklah dilakukan dengan azam yang kuat dan tanpa ada masa untuk bertangguh-tangguh lagi. Ini kerana, apabila kita melambat-lambatkannya, maka akan bertambahlah penyakit-penyakit hati yang lain di hati, membiak dan terus menjadikan hati kita sebagai tempat permaustautin tetap. Di kala itu, hati yang yang pada mulanya hanya mempunyai satu dua titik hitam akan bertambah bilangannya dan seterusnya hitam keseluruhannya.
Dalam hadis Rasulullah yang bermaksud:
"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)
Mahukah kita mempunyai hati kotor seperti itu? Sudah pasti jawapannya tidak bukan?. Jadi usah biarkan hati kita menjadi hitam,hancur, kotor, rosak dan mati disebabkan ‘pendatang-pendatang haram’ yang masuk ke wilayah hati kita.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnya:
"Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi."
Lalu orang bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?"
Jawab Rasulullah: "Membaca al-Quran dan mengingati mati." Membaca al-Quran dijelaskan di sini bagi membersihkan kekotoran di jantung yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah.
Dari sabda Rasulullah s.a.w di atas, dapat kita tahu bahawa langkah utama dalam mengembalikan hati yang bersih dan suci ialah dengan membaca Al-Qur’an dan mengingati mati. Membaca Al-Qur’an hendaklah dilakukan sekali dengan mentadbur isi kandungannnya agar kita dapat memahami setiap ayat yang kita baca dan agar ketaqwaan kita kepada Allah semakin bertambah.
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan sebaliknya Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al-Isra’ :82)
Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata). (Fussilat :44)
Usaha-usaha lain yang boleh kita lakukan ialah dengan berfikiran positif selalu. Berfikiran positif amat penting supaya penyakit berburuk sangka kepada orang lain tidak wujud dalam kehidupan seharian kita. Apabila kita berfikiran positif, maka akan terhapuslah sifat suka berburuk sangka dan seterusnya sifat bersangka baik (husnuzh zhan) akan mengambil alih tempat di hati kita. Selain itu, berrfikiran positif juga akan menenangkan pemikiran dan hati kita daripada terus memikirkan perkara-perkara yang tidak benar.
Allah berfirman yang ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Q.S Al-Hujuraat : 12)
Rasulullah s.a. w pernah bersabda :
“Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta” (HR. Muttafaqun alaihi)
Apabila telah sampai kepada kita tentang informasi atau khabar negatif mengenai peribadi seseorang atau berita lain yang kita tidak pasti akan kebenarannya, maka kita seharusnya melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya agar perkara yang berunsur dusta (tidak benar) dan fitnah tidak tersebar dan yang lebih penting agar hubungan ukhwah islamiyah antara kita tetap terpelihara.
Allah berfirman yang ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S Al-Hujuraat : 6)
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta. HR. Bukhari
Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan.
Langkah lain ialah dengan mengambil sedikit masa untuk muhasabah diri sendiri. Seringkali kita lupa untuk melakukan perkara ini padahal muhasabah dengan niat untuk menyelidiki apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita dan menginsafi diri amat penting ke arah menjadi hamba Allah yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Hanya dengan bermuhasabah tidak cukup, ini mestilah diikuti dengan usaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri menuju pembentukan diri yang lebih baik agar kesilapan yang sama tidak berulang buat kali ke dua.
Antara amalan-amalan lain yang boleh kita lakukan untuk membersihkan hati ialah dengan :
-Banyak mengingati Allah dengan berzikir.
-Memperbanyakan solat-solat sunat terutamanya solat taubat.
-Berdoa kepada Allah supaya hati bersih.
-Redha dengan ketentuan Ilahi. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.
-Jaga makanan supaya hanya bersumber dari rezeki yang halal, elakkan makan makanan yang syubhah.
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu, tidak juga kepada rupa kamu tetapi ia melihat kepada hati dan amalan kamu”. ( Hadis Riwayat Muslim)
.
Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).(Al-A'raf :57)
Maka lihatlah olehmu kepada kesan-kesan rahmat Allah, bagaimana Dia menghidupkan bumi sesudah matinya (dengan tanaman-tanaman yang menghijau subur). Sesungguhnya Allah yang demikian kekuasaanNya, sudah tentu berkuasa menghidupkan orang-orang yang telah mati dan (ingatlah) Dia maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Ar-Rum:50)
Dan Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Kami halakan awan itu ke negeri yang mati (yang kering kontang); lalu Kami hidupkan bumi sesudah matinya dengan (hujan dari awan) itu. Sedemikian itu pula kebangkitan manusia (hidup semula sesudah mati). (Fatir :9)

These two river flow together and finally settle down in the Ocean, taste of one river is extreamly sweet whereas the taste of another river is extreamly opposite (that is bitter) but they never mix. There is nothing in between these rivers which stops them from mixing togther but its is the will & order of ALLAH (SWT).
[Ar Rahman : 19 – 21] : Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Allah SWT telah menyebut berhubung dengan kelebihan malam Lailatul Qadar di dalam firmanNya:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehinggalah terbitnya fajar. "(Al-Qadr: 1-5)
Dalam surah Ad-Dukhan ayat 3, Allah SWT menegaskan lagi tentang keberkatan malam Lailatul Qadar itu dengan firmanNya: "Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati" Malam Lailatul Qadar ini juga Allah SWT menurunkan Al-Quran berdasarkan firmanNya:
Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara hak dan batil. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya maka hendaklah ia berpuasa padanya. Sesiapa yang sakit atau bermusafir maka wajib dia ganti sebanyak bilangan hari yang ditinggalkan pada hari-hari yang lain selepas Ramadhan. Allah S.W.T mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan agar kamu membesarkan Allah di atas petunjukNya kepada kamu. Dan supaya kamu bersyukur. (2:185)
Pada malam Lailatul Qadar itu, Allah SWT menurunkan Al-Quran sekali gus dari Luh Mahfudz ke Baitul Izzah iaitu langit pertama, berdasarkan keterangan Ibnu Abbas RA: "Allah menurunkan Al-Quran Al-Karim keseluruhannya secara sekali gus dari Luh Mahfudz ke Baitul'Izzah (langit pertama) pada malam Lailatul Qadar. Kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah SAW sesuai dengan konteks pelbagai peristiwa selama 23 tahun."
Di dalam sebuah hadith yang sahih Rasulullah SAW menyebutkan keutamaan melakukan Qiyamullail di malam tersebut.
Baginda SAW bersabda : "Barangsiapa melakukan shalat malam pada saat Lailatul Qadar karena iman dan mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. " (Hadith Muttafaq 'Alaih)
Manakala berkenaan dengan masa Lailatul Qadar itu, Nabi SAW telah bersabda : "Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. " (HR. Al-Bukhari, Muslim dan lainnya).
Aisyah RA berkata, "aku bertanya: Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku menemui Lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan di dalamnya?" Baginda SAW menjawab, katakanlah : "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau mencintai Pengampunan maka ampunilah aku. " (HR. At-Tirmidzi, ia berkata, hadith hasan sahih).
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Taqwa itulah matlamat utama yang mesti dicapai oleh umat Islam yang berpuasa. Perkataan taqwa begitu mudah disebut dimulut tetapi begitu susah untuk diperolehi tanpa usaha yang bersungguh dan sikap acuh tidak acuh.
Kita mesti memilki 4 ciri utama taqwa melalui tarbiah madrasah Ramadhan yang bakal kita lalui sebagaimana yang pernah disebut oleh Sayyidina Ali Karramallahu wajhah :
Taqwa ialah :
[2] sentiasa redha dengan pemberian Allah walau pun sedikit,
[3] sentiasa melaksanakan sistem Islam sebagaimana yang diturunkan dalam al-Quran
[4] dan sentiasa bersedia dengan bekalan terbaik bagi menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Sabda Nabi SAW: "Berapa ramai di kalangan orang yang berpuasa, tidaklah mereka itu memperolehi apa-apa dari puasanya melainkan lapar dan dahaga."
Firman Allah dalam ayat 96 surah al-A’araf : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
Kelebihan Ramadhan
Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu:
“Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa’.” (HR. Ahmad dan An-Nasa’i)
“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan do’a. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu. Karena orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini. “ (HR.Ath-Thabrani, dan para periwayatnya terpercaya).
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."
Hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Sahli bin Sa’ad :
Sesungguhnya pada syurga itu ada satu pintu yang dipanggil Rayyan di mana akan masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari qiamat. Tidak akan masuk bersama mereka seorang pun selain mereka yang berpuasa. Akan diseru dimanakah orang-orang yang berpuasa?. Maka mereka akan masuk syurga melaluinya. Maka apabila telah masuk orang terakhir daripada orang berpuasa nescaya ditutup pintu itu dan tidak boleh lagi memasukinya walau pun seorang.
Akhlak sewaktu berpuasa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa."
Seorang sahabat bertanya kepada Baginda SAW: "Wahai Rasulullah, Saya lupa sehingga makan dan minum, padahal saya sedang berpuasa." Baginda SAW menjawab : "Allah telah memberimu makan dan minum" (HR. Abu Daud). Dan dalam riwayat Ad-Daruquthni dengan sanad shahih disebutkan "Sempurnakan puasamu dan kamu tidak wajib mengqadhanya, sesungguhnya Allah telah memberimu makan dan minum"
Perihal Bersahur
Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w :
“Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1923.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” - Hadis riwayat al-Tirmizi.no: 643
“Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” - Hadis riwayat Ahmad. no: 10664.
“Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1919.
Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah sendiri telah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu apabila azan Subuh dilaungkan. Firman Allah S.W.T:
“Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).” - Surah al-Baqarah:187
Adalah disunnahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a berkata:
“Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian akupun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no:1920.
Qadi Iyadh r.h berkata: “Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar.” - Dinukil dari Fathul Baari, jil. 11,ms. 114.
Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:
“Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?”
Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat.” - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.
Hadis ini telah digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah sepuluh minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak lagi diperbolehkan makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut adalah Rasulullah s.a.w langsung mendirikan solat subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w memulakan dan mengakhirkan sahur baginda.
1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.
2. Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.
Adab-Adab Berbuka
Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa. Antara adab-adab itu ialah:
Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi s.a.w akan membaca: Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.
(Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah) – Hadis riwayat AbuDawud, no: 2010.
Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku. (Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in an taghfirali)” - Hadis riwayat Ibn Majah, no: 1743.
Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa. Sabda Rasulullah s.a.w :
“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” – Hadis riwayat Ibn Majah, hadis no: 1743.
Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakanberbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari. no: 1957.
Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah S.W.T telah berfirman:
“Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka puasa.” - Hadis riwayat al-Tirmizi. no: 636.
Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran.
Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi s.a.w. Anas bin Malik r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” - Hadis riwayat Imam al-Tirmizi, no: 632.
Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat Maghrib setelah berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Namun, sekiranya makanan malam telah terhidang disunnahkan menjamah makan malam terlebih dahulu walaupun solat telah didirikan. Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solat Maghrib. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 674.
Menurut Imam al-Nawawi r.h di dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim, jilid 4, muka surat 208: “Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.”
Firman Allah S.W.T:
“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah setiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” – Surah al-A’raaf : 31
Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk kita melepas geram kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman.
Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan. Sabda Nabi s.a.w:
“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”- Hadis riwayat al-Tirmizi no: 2302.
Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya mengadakan majlis berbuka puasa untuk menjamu makan bagi mereka yang berpuasa. Firman Allah S.W.T:
“Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati):Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.” -Surah al-Insaan: 8-9.
Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya. Sabda baginda s.a.w:
“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” - Hadis riwayat al-Tirmizi no: 735.
Ujian itu adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya.
Nabi saw bersabda "Sesungguhnya antara dosa itu ada dosa yang tidak dapat ditebus oleh sembahyang, haji dan umrah hanya dapat ditebus dengan kerisauan hati dalam mencari nafkah hidup." (Riwayat Ibnu dan Abu Na'im dari Abu Hurairah).
Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”
Firman Allah S.W.T.:
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) – al-Mulk (67) : 2
Ujian daripada Allah S.W.T ini meliputi seluruh hamba-Nya yang taat mahupun yang derhaka. Malah ujian bagi hamba-hamba-Nya taat adalah lebih hebat berbanding dengan mereka yang engkar. Rasulullah s.a.w pernah di tanya:Ya Rasulullah, siapakah yang paling keras mendapatkan ujian?Baginda menjawab:
Para Nabi dan pengikut-pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (no: 2322).
Justeru itu segala ujian daripada Allah S.W.T ini haruslah kita tempuhi dengan penuh kesabaran agar ianya dapat mendekatkan kita kepada-Nya dan menerima segala limpah rahmat-Nya. Firman Allah S.W.T.:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. – al-Baqarah (2) : 157
Rata-rata umat Islam di Malaysia hanya akan menyebut Innalillahi wa inna ilahirajiun apabila menerima berita kematian. Tapi menerusi ayat ini dapatlah kita fahami bahawa sekiranya kita ditimpa apa jua bentuk musibah atau mendengar orang lain didatangi bencana maka hendaklah kita mengucapkan kalimah tersebut.Apakah itu sabar? Sabar adalah teguh dan tetap berada di atas landasan yang dikehendaki oleh agama apabila berhadapan atau menentang sesuatu pengaruh yang ditimbulkan oleh hawa nafsu baik ketika ingin mengerjakan perbuatan untuk mencari ketaatan Allah, melakukan perkara-perkara maksiat dan ketika ditimpa musibah. Manusia sentiasa berada di dalam situasi di mana pengaruh agama sentiasa berperang dengan hawa nafsu. Demi untuk menjamin hawa nafsu dapat ditewaskan maka sifat sabar itu perlu ada bagi setiap orang yang beriman. Hendaklah kita fahami bahawa ujian Allah boleh berada dalam bentuk nikmat kebaikan dan juga musibah yang berbentuk kesusahan.
Firman-Nya:
Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. - al-Anbiya’ (21) : 35
Dari ayat di atas dapat kita nyatakan bahawa ujian yang perlu di hadapi oleh manusia ini terdiri dari dua bentuk.
PERTAMA: Perkara yang sesuai dengan hawa nafsu manusia seperti kekayaan, berjawatan tinggi, terkenal dan mengecapi semua nikmat dunia yang lain. Manusia ketika ingin mencapai nikmat dunia, mereka perlu untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh serta bersabar. Apabila nikmat tersebut telah dikecapi maka ujian yang datang darinya juga begitu hebat maka kesabaran memainkan peranan yang penting demi menjamin bahawa nikmat dunia yang diperolehi itu dipergunakan sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Sebagai contoh, kekayaan yang kita perolehi adakalanya menyebabkan manusia lupa daratan, menjadi angkuh dan menjauhkannya dari perintah Allah S.W.T.. Oleh itu hendaklah hawa nafsu itu diperangi menerusi sifat sabar agar kekayaan bukan sahaja akan menjadikannya insan yang beriman malah dibelanjakan hartanya itu sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Allah S.W.T. mengingatkan kita melalui firman-Nya:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. – al-Munaafiquun (63) : 11
KEDUA: Ujian dalam ketegori ini meliputi perkara-perkara yang tidak secocok dengan kehendak hawa nafsu manusia. Ianya boleh terjadi disebabkan perbuatan atau usaha manusia itu sendiri ataupun ianya datang di luar kawalan manusia seperti bencana yang tidak dapat dielakkan.Ujian yang tidak selari dengan hawa nafsu kita tetapi terjadi disebabkan perbuatan manusia sendiri terbahagi kepada dua bentuk
a) KETAATAN : Manusia memerlukan kesabaran tatkala hendak melaksanakan amalan-
amalan yang berbentuk ketaatan. Ini adalah kerana ujian yang dihadapi oleh seseorang apabila hendak melaksanakan ibadah sekiranya tidak dihadapi dengan penuh kesabaran akan menyebabkan gagalnya perlaksanaan amalan tersebut. Sebagai contoh yang mudah apabila kita hendak melaksanakan solat tahajud atau subuh yang mana kita perlu menghadapi ujian malas untuk bangun awal dari tempat tidur kita. Sekiranya kita tidak sabar untuk menghadapi ujian tersebut maka akhirnya kita akan memilih tilam serta bantal yang empuk dari beribadah di atas sejadah. Firman Allah S.W.T.:
"Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepada-Nya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding dengan-Nya?" – Maryam (19) : 65
Segala amalan yang boleh membawa kita ke syurga dilingkari oleh perkara-perkara yang tidak disenangi oleh hawa nafsu yang perlu kita hadapi agar perlaksanaannya menjadi realiti. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Syurga itu dikelilingi dengan hal-hal yang tidak disukai (oleh hawa nafsu), sedangkan neraka dikelilingi oleh syahwat. Hadis riwayat Imam Muslim (no: 2823)
b) KEMAKSIATAN: Manusia juga memerlukan kesabaran yang tegar untuk menghindarkan diri dari melakukan perbuatan-perbuatan maksiat baik dari segi perbuatan, perkataan dan keinginan hatinya. Maksiat itu walaupun mempunyai daya tarikan yang kuat namun ianya sebenarnya tidak sesuai dengan kehendak hawa nafsu manusia kerana pada hakikatnya ia akan membawa keburukan kepada manusia. Kita ambil contoh melakukan seks bebas. Perbuatan tersebut sememangnya dapat memuaskan nafsu syahwat manusia, namun ia sebenarnya memusnahkan sistem kekeluargaan manusia, menyebarkan penyakit berjangkit serta membawa gejala sosial yang menghancurkan generasi masa hadapan. Lantaran itu Allah S.W.T. melarang perbuatan maksiat. Firman-Nya:
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya. - al-Nahl (16) : 90
Ujian yang datang tanpa dapat dikawal oleh manusia dalam bentuk bencana mahupun musibah yang dihadapi juga terdapat dua bentuk.a) Musibah yang melanda namun manusia mampu menghindarinya seperti penganiayaan sesama manusia, dipulaukan oleh masyarakat, dihina oleh orang ramai melalui perbuatan dan ucapan. Sebagai contohnya ujian yang dihadapi oleh para pendakwah yang dicemuh oleh masyarakat sekelilingnya yang jahil dan musuh-musuh Allah. Dia sebenarnya boleh meneruskan dakwahnya dengan cara yang penuh hikmah dan bersabar atas ujian tersebut tanpa melakukan apa-apa balasan yang akan memburukkan lagi keadaan. Firman Allah S.W.T.:
Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik. – al-Muzzammil (73) : 10
Walaupun begitu Allah S.W.T membenarkan kita untuk membalas kejahatan yang dilakukan oleh pihak lain tanpa melakukannya secara berlebih-lebihan namun bersabar itu adalah jalan yang lebih baik.
Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. – al-Nahl (16) : 126
Musibah yang melanda manusia dan dia tidak mampu untuk menghalangnya sama sekali. Contohnya seperti kematian, kemarau berpanjangan, kecacatan, wabak penyakit, banjir besar dan bencana-bencana alam yang lain. Apabila terjadinya musibah sedemikian rupa maka hendaklah kita menghadapinya dengan keredhaan dan penuh kesabaran. Firman Allah S.W.T.:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. – al-Baqarah (2) : 155
Oleh
Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat
“Ertinya : Dari Ibnu Umar, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda, “Janganlah perempuan yang haid dan orang yang junub membaca sedikit pun juga dari (ayat) Al-Qur’an.”
Dalam riwayat yang lain, “Janganlah orang yang junub dan perempuan yang haid membaca sedikit pun juga dari (ayat) Al-Qur’an”
DHAIF Dikeluarkan oleh Tirmidzi (no. 121). Ibnu Majah (no. 595 dan 596). Ad-Daruquthni (1/117) dan Baihaqiy (1/89), dari jalan Ismail bin Ayyaasy dari Musa bin Uqbah dari Naafi, dari Ibnu Umar (dia berkata seperti di atas)
Berkata Imam Bukhari, “Ismail (bin Ayyaasy) munkarul hadits (apabila dia meriwayatkan hadits) daripada penduduk Hijaz dan penduduk Iraq” [1]
Saya berkata : Hadits di atas telah diriwayatkan oleh Ismail bin Ayyaasy dari Musa bin Uqbah seorang penduduk Iraq. Dengan demikian riwayat Ismail bin Ayyaasy dhaif.
Imam Az-Zaila’i di kitabnya Nashbur Raayah (I/195) menukil keterangan Imam Ibnu Adiy di kitabnya Al-Kaamil bahawa Ahmad dan Bukhari dan lain-lain telah melemahkan hadits ini dan Abu Hatim menyatakan bahawa yang benar hadits ini mauquf kepada Ibnu Umar (yakni yang benar bukan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam akan tetapi hanya perkataan Ibnu Umar).
Berkata Al-Hafidzh Ibnu Hajar di kitabnya Talkhisul Habir (1/138) : Di dalam sanadnya ada Ismail bin Ayyaasy, sedangkan riwayatnya dari penduduk Hijaz dhaif dan di antaranya (hadits) ini. Berkata Ibnu Abi Hatim daripada bapanya (Abu Hatim), “Hadits Ismail bin Ayyaasy ini keliru, dan (yang benar) dia hanya perkataan Ibnu Umar”. Dan telah berkata Abdullah bin Ahmad dari bapanya (yaitu Imam Ahmad dia berkata), “(Hadits) ini bathil, “Beliau mengingkari (riwayat) Ismail. Sekian daripada Al-Hafidz Ibnu Hajar.
Hadits yang lain daripada jalan Ibnu Umar
“Ertinya : Daripada jalan Abdul Malik bin Maslamah (dia berkata) Telah menceritakan kepadaku Mughirah bin Abdurrahman, daripada Musa bin Uqbah dan Naafi, daripada Ibnu Umar, dia berkata : Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Tidak boleh bagi orang junub membaca sedikitpun juga daripada (ayat) Al-Qur’an”
DHAIF. Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni (1/117)
Al-Hafidz Ibnu Hajar telah melemahkan riwayat di atas disebabkan Abdul Malik bin Maslamah seorang rawi yang dhaif (Talkhisul Habir 1/138)
Hadits yang lain daripada jalan Ibnu Umar.
“Ertinya : Daripada seorang lelaki, dari Abu Ma’syar, dari Musa bin Uqbah, dari Naafi, dari Ibnu Umar, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda, “Perempuan yang haid dan orang yang junub, keduanya tidak boleh membaca sedikitpun juga dari (ayat) Al-Qur’an”
DHAIF. Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni (1/117)
Saya berkata : Riwayat ini dhaif kerana : Pertama : Ada seorang rawi yang mubham (tidak disebut namanya yaitu dari seorang lelaki). Kedua : Abu Ma’syar seorang rawi yang dhaif.
Hadits yang lain dari jalan Jabir bin Abdullah.
“Ertinya : Dari jalan Muhammad bin Fadl, dari bapanya, dari Thawus, dari Jabir, dia berkata : Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Tidak boleh bagi perempuan yang haid dan nifas (dalam riwayat yang lain : Orang yang junub) membaca (ayat) Al-Qur’an sedikitpun juga (dalam riwayat) yang lain : Sedikitpun juga dari (ayat) Al-Qur’an)”
MAUDHU’, Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni (2/87) dan Abu Nua’im di kitabnya Al-Hilyah (4/22).
Saya berkata : Sanad hadits ini maudhu (palsu) kerana Muhammad bin Fadl bin Athiyah bin Umar telah dikatakan oleh para Imam ahli hadits sebagai pendusta sebagaimana keterangan Al-Hafidz Ibnu Hajar di Taqrib-nya (2/200). Dan di kitabnya Talkhisul Habir (1/138) beliau mengatakan bahawa orang ini matruk.
Ketika hadits-hadits diatas dari semua jalannya dhaif bahkan hadits terakhir maudhu’, maka tidak boleh dijadikan sebagai dalil larangan bagi perempuan haid dan nifas dan orang yang junub membaca Al-Qur’an. Bahkan telah datang sejumlah dalil yang membolehkannya.
Pertama : Apabila tidak ada satu pun dalil yang sah (shahih dan hasan) yang melarang perempuan haid, nifas dan orang yang junub membaca ayat-ayat Al-Qur’an, maka hukumnya dikembalikan kepada hukum asal tentang perintah dan keutamaan membaca Al-Qur’an secara mutlak termasuk perempuan haid, nifas dan orang yang junub.
Kedua : Hadits Aisyah ketika dia haid sewaktu menunaikan ibadah haji.
“Ertinya : Dari Aisyah, dia berkata : Kami keluar (menunaikan haji) bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam (dan) kami tidak menyebut kecuali haji. Maka ketika kami sampai di (satu tempat bernama) Sarif aku haid. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam masuk menemuiku dan aku sedang menangis, lalu beliau bertanya, “Apa yang menyebabkanmu menangis?” Jawabku, “Aku ingin demi Allah kalau sekiranya aku tidak haji pada tahun ini?” Jawabku, “Ya” Beliau bersabda, “Sesungguhnya (haid) ini adalah sesuatu yang telah Allah tentukan untuk anak-anak perempuan Adam, oleh kerana itu kerjakanlah apa-apa yang dikerjakan oleh orang yang sedang haji selain engkau tidak boleh thawaf di Ka’bah sampai engkau suci (dari haid)”
Shahih riwayat Bukhari (no. 305) dan Muslim (4/30)
Hadits yang mulia ini dijadikan dalil oleh para Ulama di antaranya amirul mu’minin fil hadits Al-Imam Al-Bukhari di kitab Shahih-nya bahagian Kitabul Haid bab 7 dan Imam Ibnu Baththaal, Imam Ath-Thabari, Imam Ibnul Mundzir dan lain-lain bahawa perempuan haid, nifas dan orang yang junub boleh membaca Al-Qur’an dan tidak terlarang. Berdasarkan perintah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Aisyah untuk mengerjakan apa-apa yang dikerjakan oleh orang yang sedang menunaikan ibadah haji selain thawaf dan tentunya juga terlarang shalat. Sedangkan yang selainnya boleh termasuk membaca Al-Qur’an. Kerana kalau membaca Al-Qur’an terlarang bagi perempuan haid tentu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menjelaskannya kepada Aisyah. Sedangkan Aisyah saat itu sangat memerlukan penjelasan daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam apa yang boleh dan terlarang baginya. Menurut ushul “mengakhirkan keterangan dari waktu yang diperlukan tidak boleh.
Ketiga : Hadits Aisyah.
“Ertinya : Dari Aisyah, dia berkata, “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berdzikir atas segala keadaannya” [Hadits shahih riwayat Muslim (1/194 dan lain-lain]
Hadits yang mulia ini juga dijadikan hujjah oleh Al-Imam Al-Bukhari dan lain-lain imam tentang bolehnya orang yang junub dan perempuan haid atau nifas membaca Al-Qur’an. Kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berdzikir kepada Allah atas segala keadaannya dan yang termasuk berdzikir ialah membaca Al-Qur’an. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.
“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Adz-Dzikra [2] (Al-Qur’an) ini, dan sesungguhnya Kami jugalah yang akan (tetap) menjaganya” [Al-Hijr : 9]
“Dan Kami turunkan kepadamu Adz-Dzikra (Al-Qur’an) supaya engkau jelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka dan agar supaya mereka berfikir” [An-Nahl : 44]
Keempat : Surat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Heracleus yang di dalamnya berisi ayat Al-Qur’an sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan lain-lain. Hadits yang mulia inipun dijadikan dalil tentang bolehnya orang yang junub membaca Al-Qur’an. Kerana sudah barang tentu orang-orang kafir tidak selamat dari janabah, meskipun demikian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menulis surat kepada mereka yang didalamnya terdapat firman Allah.
Kelima : Ibnu Abbas mengatakan tidak mengapa bagi orang yang junub membaca Al-Qur’an (Shahih al-Bukhari Kitabul Haidh bab 7).
Jika engkau berkata : Bukankah telah datang hadits bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak membaca Al-Qur’an ketika janabah?
Saya jawab : Hadits yang dimaksud tidak sah dari hadits Ali bin Abi Thalib dengan lafadz.
“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar dari tempat buang air , lalu beliau makan daging bersama kami, dan tidak ada yang menghalangi beliau sesuatupun juga dari (membaca) Al-Qur’an selain janabah:
DHAIF. Diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 229), Tirmidzi (no 164), Nasa’i (1/144), Ibnu Majah (no. 594), Ahmad (1/83, 84, 107 dan 124), Ath-Thayaalis di Musnad-nya (no. 94), Ibnu Khuzaimah di Shahih-nya (no. 208), Daruquthni (1/119), Hakim (1/152 dan 4/107) dan Baihaqiy (1/88-89) semuanya dari jalan Amr bin Murrah dari Abdullah bin Salimah dari Ali, marfu (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam berbeza seperti diatas)
Hadits ini telah dishahihkan oleh Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, Hakim, Adz-Dzahabi, Ibnu Sakan, Abdul Haq, Al-Baghawiy dan Syaikhul Imam Ahmad Muhammad Syakir di takhrij Tirmidzi dan takhrij musnad Ahmad.
Dan hadits ini telah didlaifkan oleh jama’ah ahli hadits –dan inilah yang benar- Insya Allah di antaranya oleh Syu’bah, Syafi’iy, Ahmad, Bukhari, Baihaqiy, Al-Mundziriy, An-Nawawi, Al-Khathaabiy dan Syaikhul Imam Al-Albani dan lain-lain.
Berkata Asy-Syafi’iy, “Ahli hadits tidak mentsabitkan (menguatkan)nya”. Yakni, ahli hadits tidak menguatkan riwayat Abdullah bin Salimah. Kerana Amr bin Murrah yang meriwayatkan hadits ini Abdullah bin Salimah sesudah Abdullah bin Salimah tua dan berubah hafalannya. Demikian telah diterangkan oleh para Imam di atas. Oleh kerana itu hadits ini kalau kita mengikuti kaedah-kaedah ilmu hadits, maka tidak ragu lagi tentang dhaifnya dengan sebab di atas yaitu Abdullah bin Salimah ketika meriwayatkan hadits ini telah tua dan berubah hafalannya. Maka bagaimana mungkin hadits ini sah (shahih atau hasan)!. Selain itu hadits ini juga tidak boleh dijadikan dalil larangan bagi orang yang junub dan perempuan yang haid atau nifas membaca Al-Qur’an, kerana semata-mata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak membacanya dalam junub tidak bererti beliau melarangnya sampai datang larangan yang tegas dari beliau. Ini kalau kita takdirkan hadits di atas sah, apalagi hadits di atas dhaif tentunya lebih tidak mungkin lagi dijadikan sebagai hujjah atau dalil!
Meskipun demikian menyebut nama Allah atau membaca Al-Qur’am dalam keadaan suci (berwudlu) lebih utama yakni hukumnya sunat berdasarkan hadits shahih di bawah ini.
“Ertinya : Dari Muhaajir bin Qunfudz, sesungguhnya dia pernah datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan beliau sedang buang air kecil (kencing), lalu ia memberi salam kepada beliau akan tetapi beliau tidak menjawab (salam)nya sampai beliau berwudlu. Kemudian beliau beralasan dan bersabda : ”Sesungguhnya aku tidak suka menyebut nama Allah (berdzikir) kecuali dalam keadaan suci (berwudlu)” [Hadits shahih riwayat Abu Dawud dan lain-lain]
[Disalin dari buku Tiga Hukum Bagi Perempuan Haid Dan Junub (Menyentuh/Memegang Al-Qur; Membacanya Dan Tinggal Atau Diam Di Masjid, Penulis Abdul Hakim bin Amir Abdat, Penerbit Darul Qolam]
_________
Footnotes
[1]. Saya nukil dari Baihaqiy dengan ringkas yang menukil dari Bukhari
[2]. Adz-Dzikra adalah salah satu nama dari nama-nama Al-Qur’an
Tajdid Iman: Muslim tanpa semangat dakwah, jihad tiada jati diri .
Oleh Dr Juanda Jaya .
SEORANG Muslim yang tidak memiliki semangat dakwah dan jihad bagi memperjuangkan agama, sebenarnya sedang mengalami krisis jati diri dan identiti Muslimnya. Untuk apa semua yang diusahakan, harta dikumpul, ilmu dikuasai, jawatan direbut dan dunia yang berhasil digenggam jika tidak dimanfaatkan untuk agama Allah? Seandainya seseorang sudah memiliki segala-galanya kemudian tiba-tiba dia mati tanpa memperjuangkan agama, maka alangkah sedikit bekal dan payahnya kehidupan yang mesti dilalui selepas mati kelak. Sia-sia saja visi dan misi hidupnya di dunia. Saat itu sedarlah ia yang kembali miskin seorang diri di alam barzakh.
Sesungguhnya kejayaan yang hakiki bermula daripada satu niat meninggikan kalimah Allah. Sedangkan apa yang diusahakannya selama ini untuk dunia semata-mata demi kepuasan nafsu belaka.
Kebangkitan Islam sering diperkatakan tetapi realitinya generasi Islam kini sudah mengalami serangan duniawi yang sedikit sebanyak mempengaruhi kejiwaan, pemikiran dan sikap mereka. Mentaliti Muslim yang hilang semangat memperjuangkan agama semakin parah di tengah-tengah umat. Tidak kira golongan mana pun, jika umat meninggalkan dakwah dan jihad di jalan Allah, maka tunggu kehancuran seperti ditegaskan dalam firman-Nya bermaksud:
"Wahai orang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepadamu: Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih suka dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanya sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah menyeksa kamu dengan seksa yang pedih dan Dia menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Surah al-Taubah, ayat 38-39)
Melalui ayat itu, Allah menyatakan punca hilang semangat dakwah dan jihad iaitu kerana manusia terlalu cintakan kehidupan dunia. Bahkan jika boleh, agama pun akan dijual, saudara sesama Muslim dianiaya, jatuh-menjatuhkan, aib- mengaibkan untuk mendapat apa diinginkan oleh hawa nafsu. Jika kejahatan bermaharajalela tetapi semangat dakwah dan jihad semakin kendur tidak mustahil kehancuran umat akan terjadi. Dakwah dan jihad adalah benteng paling kukuh untuk melindungi umat daripada serangan musuh. Sepatutnya ia menjadi idealisme yang wajib ditanam dalam jiwa seluruh generasi Muslim.
Sayangnya, dakwah Islam dan semangat jihad hanya dimiliki golongan tertentu yang berkopiah dan berserban, di masjid dan surau. Itupun jika tepat ruang yang disalurkan. Sedangkan golongan profesional, pemikir, penggubal dasar, penggerak politik, budayawan, seniman, ahli sukan, saintis, peniaga, pendidik Muslim, mereka agak kurang bersemangat mengenai hakikat dakwah dan jihad.
Peranan ulama diharapkan boleh membuka ruang kepada mereka untuk memahami Islam, mencintai dan merasa terpanggil memperjuangkan agama menurut kapasiti ilmu dan kekuatan dimiliki. Umat Islam mesti kembali menanamkan idealisme tegakkan dakwah dan jihad dalam kehidupan.
Hapuskan kesilapan lalu dan bertaubat daripada kejahatan nafsu duniawi yang menipu. Kerja dakwah serta strategi jihad mesti disesuaikan dengan situasi dan realiti masyarakat sekarang. Media memainkan peranan penting sebagai penyampai kebenaran, hiburan dan seni juga menjadi pilihan orang yang mahukan kelainan dalam sentuhan dakwah, alam maya dalam sistem teknologi maklumat tercanggih yang semakin digilai manusia menjadi alternatif menyampaikan keindahan Islam. Ulama tidak ketinggalan mengkaji pendekatan dan pengurusan dakwah yang sesuai untuk manusia pada zaman siber. Pendekatan fleksibel, mendidik sebelum menghukum, mendengar suara umat dan mengkaji perubahan zaman sebelum memutuskan fatwa diharap membawa kemajuan adalah tugas ulama yang amanah.
Ulama berdiri sebagai pembimbing jalan, pemberi jawapan atas setiap persoalan, doktor yang menyembuh penyakit jiwa masyarakat dan penyampai keindahan Islam yang membangkitkan umatnya supaya mencintai agama. Ulama memerlukan pendedahan ilmu dan wawasan yang lebih global dengan bermuzakarah antara ulama sedunia untuk mempertingkatkan keupayaan dalam mendampingi umat ke jalan yang diredai Allah.
Sesungguhnya dakwah dan jihad adalah panggilan jiwa insan yang mencintai sunnah Rasulullah SAW. Wasiat Baginda SAW sentiasa menjadi ingatan di hati yang bermaksud: "Sesiapa yang membenci sunnahku bukan termasuk golonganku." (Hadis Muttafaq Alaih)
Dakwah dan jihad juga adalah kerjaya nabi dan rasul yang diabadikan dalam al-Quran sebagai jalan hidup terbaik di sisi Allah. Firman Allah yang bermaksud: "(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Nescaya Allah akan mengampuni dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya) dan sampaikanlah berita gembira kepada orang beriman. Wahai orang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah seperti Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikutnya yang setia: Siapakah yang akan menjadi penolongku (untuk menegakkan agama) Allah? Pengikut yang setia itu berkata: Kamilah penolong agama Allah, lalu segolongan dari Bani Israel beriman dan segolongan lain kafir; maka kami berikan kekuatan kepada orang beriman terhadap musuh mereka, lalu mereka menjadi orang yang menang." (Surah al-Shaff, ayat 11-14)
Seseorang yang bergiat dalam kerja dakwah pasti menghadapi ujian yang boleh mengancam langkahnya. Ujian yang dipikul bersesuaian dengan tahap keimanan masing-masing. Kadangkala hanya dengan sifat diri yang kurang sabar seseorang boleh terjatuh dan tidak dapat bangkit lagi, walaupun ramai di hadapannya orang yang lebih berat lagi menerima penyeksaan dalam mengharungi medan dakwah dan jihad.
Hanya orang terpilih yang tegak berdiri menunggu keputusan Allah, apakah dia layak menerima pertolongan Allah atau tidak, semuanya bergantung niat dalam hati. Siapakah yang reda dengan hinaan dan cacian, fitnah, kebencian bahkan ancaman bunuh diterima kerana menegakkan agama?
Hanya orang yang tegar dan yakin dengan kuasa Allah mampu menghadapi kesusahan di jalan-Nya. Biarlah air mata yang ditumpahkan atas jalan Allah sebagai pemadam api neraka yang menyala dan hati terluka, jasad teraniaya semua itu sebagai bukti kecintaan hamba kepada Allah. Bahkan jika tiada menemui gangguan di jalan dakwah, seseorang patut berwaspada mungkin dia tersalah jalan kerana jalan dakwah itu dapat dikenal melalui seksaan dan tangisannya.
Suatu hari Rasulullah SAW melepas pemergian Muaz Jabal ke Yaman untuk menyebarkan Islam di sana. Rasulullah SAW melihat Muaz menangis. Muaz berkata: "Wahai Rasulullah, aku menangis kerana akan berpisah denganmu. Rasulullah SAW bersabda: Jangan kamu bersedih kerana kesedihan itu daripada syaitan. Wahai Muaz, bertakwalah (takut) kepada Allah di mana pun kamu berada. Ikutilah keburukan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskannya dan berbuat baiklah kepada manusia dengan akhlak yang baik." (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan Imam Ahmad)
Suatu hari Khabbab al-Art menghadap Rasulullah SAW dan mengadukan seksaan yang dideritainya dan sahabat. Rasulullah SAW menghibur Khabbab sambil bersabda yang bermaksud: "Orang sebelum kalian digali sebuah lubang di atas tanah dan mereka dimasukkan ke dalamnya. Selepas itu diambil gergaji dan diletakkan ke atas kepalanya sehingga jasadnya terbelah dua. Namun hal itu tidak menggoyahkan agamanya. Ada juga yang disikat dengan sikat besi sehingga terlepas daging daripada tulangnya. Tetapi seksaan itu tidak sedikitpun menggoncangkan agamanya." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Hanya hamba Allah yang berkualiti iman dan amalnya sanggup melangkah di jalan dakwah. Mereka orang terpilih daripada kalangan nabi dan rasul, syuhada dan salihin. Dakwah dan jihad adalah harta warisan paling bernilai ditinggalkan mereka hingga akhir zaman untuk generasi Islam berikutnya.