Hujan masih lagi menimpa bumi tempat tinggal ku..rasa penat baru balik dari sekolah masih belum hilang, sedikit kecewa dan tensen bile tak dapt wat keje ngan baik pada hari ni.Mintak maaf banyak-banyak if ada kekurangan dalam hasil tugasan.hu. Lagi 2 hari lagi sesi persekolahan akan tamat,cuti sekolah yang panjang akan bermula tidak lama lagi.
Titis-titis hujan masih membasahi tanah kampung halaman..rasa sejuk menyelumuti diri.
Hujan..tanda kasih sayang Ilahi pada hamba-hamba-Nya, bayangkan jika tiada hujan, tiada air yang turun dari langit..apa yang akan terjadi? sudah pasti tanah akan kering kontang dan merekah kekeringan, tumbuhan yang kita tanam akan mati kelayuan kerana tidak cukup keperluan untuk tumbuh membesar dan pasti bekalan air untuk manusia di bumi semakin kurang sehingga tidak mustahil manusia akan mati kehausan. SubhanAllah, betapa sayangnya Allah pada kita menurunkan hujan untuk kita semua termasuk makhluk-makhluk-Nya yang lain untuk kelangsungan kehidupan kita di bumi. Jika tiada hujan, maka tumbuhan yang menjadi sumber makanan kepada kita tidak akan membuahkan hasil, jadi bagaimana manusia ingin mendapatkan sumber makanan?, bagaimana petani mendapatkan pendapatan untuk menyara kehidupan keluarga mereka?. Jadi, kita sebagai hamba-Nya kenalah bersyukur dengan rahmat hujan dari Ilahi ,kadang-kadang kita tak nampak kelebihan hujan pemberian Ilahi kepada kita padahal di sebalik kejadian tu, tersirat banyak kelebihan dan kepentingannya. Janganlah kita nak merungut yang hujan menyebabkan kerja kita tergendala atau sebagainya, tu semua Allah nak uji kita..tu baru je sikit Allah nak uji kita..nak tengok kita macammana. Allah baru beri ujian sikit, padahal nikmat Allah lagi banyak dari ujian yang kita dapat. Apa-apa bentuk ujian kat dunia ni sebenarnya nak buat kita sedar akan kesilapan kita dan Allah nak kita kembali kepadanya, tak ke bila kita susah dan di landa ujian , kita kan meminta tolong dari-Nya. Semua ni Allah tak jadikan dengan sia-sia melainkan ada hikmah di sebaliknya.Ujian tu pun tanda kasih cinta-Nya kepada kita, Allah tak nak kita terus dalam kesesatan, Allah nak kita kembali semula kepada-Nya.Jadi bersabarlah dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersyukur.


[Ibrahim :7] Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.

[Al-Furqan :48] Dan Dialah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya dan Kami menurunkan dari langit: Air yang bersih suci.
[Al-A'raf :57] Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).

Nur
1 Zulhijjah 1430 Hijrah
18 November 2009
19.18 p.m