Sejak akhir-akhir ni suka dengar lagu nasyid hadis dari album Xifu & The Algebra. Best-best! =), Album ini yang diberi tajuk "Hijrah : Mengapa Saya Memeluk Islam" ialah naungan bersama Xifu Naseer & Xifu Mu'adz dibantu Ustaz Mazlee Malik (Aktivis Isu Palestin), Nash (Lefthanded), Dayang Ku Intan, Shah Kirit (Saba' Islamic Media), Alex Koh, Hafiz William (Bekas anggota X-Factor), Al:Masaar & Moose of Soul Dinero (Anak Dr Dzulkefli Ahmad.
Salah satu lagu yang dimuatkan dalam album ni ialah lagu Brotherhood . Lagu ni diambil dari hadis yang ke 35 iaitu mengenai Ukhwah dan Hak -hak Muslim.
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.aw bersabda :
"Jangan saling menghasud, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi, dan janganlah sebahagian dari kalian membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Orang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, maka jangan berlaku aniaya kepadanya, jangan membiarkannya tertindas, jangan membohonginya dan jangan merendahkannya. Takwa itu di sini, sambil Rasulullah s.a.w menunjuk ke dadanya dan mengulanginya hingga 3 kali. Sudah memadailah kejahatan seseorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya." -Hadis 40 An-Nawawi
"SEKOLAHKU CINTAKU RINDUKU"
-
November 2009 aku mule berkhidmat di Dar Al Hikmah. Sudah hampir setahun 3
bulan aku disini.Kini sedang menghitung hari untuk melangkah pergi
meninggalkan ...
13 years ago
2 comments:
aku mmg da lame suke lagu2 nasyid hadis dr Mu'adz ni...sesuatu yg baru dlm genre irama nasyid..
oo ko dah lame tau.aku baru je tau. best kan! =D. yup! sesuatu yang baru dalam dunia nasyid dan satu pendekatan dakwah yang bagus n menarik..=)
Post a Comment