
1. Beriman dan Beramal Soleh:
"Siapa yang beramal soleh baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman,maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan" (Surah al-Nahl:97)
Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa segolongan ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik(dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban).Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana'ah (merasa cukup).Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu ialah kebahagiaan.
2. Banyak mengingat Allah:
Dengan berzikir kita akan dapat kelapangan dan ketenangan sekaligus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana.Firman Allah "Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu" (Surah al-Ra'd:28)
3. Bersandar kepada Allah:
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa.Allah berfirman "Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya" (Surah al-Thalaq:3)
4. Senantiasa mencari peluang berbuat baik:
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
FirmanNya "Tidak ada kebaikan dalam kebanyakkan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh (manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan antara manusia.Barang siapa melakukan hal itu kerana mengharapkan keredaan Allah,nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar." (Surah al-Nisa':114)
5. Tidak angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam:
Fikir tetapi jangan khuatir.Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti.Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang.Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahatian masa lalu kerana apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula.
Rasulullah s.a.w bersabda," Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah.Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai),janganlah engkau berkata: "Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu",akan tetapi katakanlah "Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan.",Kerana sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka amalan syaitan "(Riwayat Muslim)
6. Melihat "Kelebihan" bukan kekurangan diri:
Lihatlah orang yang dibawah dari segi kehidupan dunia misalnya dalam kurniaan rezeki kerana dengan begitu kita akan meremehkan nikmat Allah yang diberikanNya kepada kita.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Lihatlah orang ayng dibawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih mudah untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
7. Jangan mengharap ucapan terima kasih manusia:
Ketika melakukan sesuatu kebaikan,jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia.Berharaplah hanya kepada Allah.Kata bijak pandai,jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih.Malah ada antara hukama berkata: "Sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!"
Firman Allah :"Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu hanyalah kerana Allah semata-mata,kami tidak berkehendakkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih." (Surah al-Insan:9)

Hidup ini kita ni tak lari dari ujian,kadang kala ujian tu wat kita rasa lemah n nak je putus asa.Ujian tu tandanya Allah sayang kat kita,Allah nak kita ingat balik kat Dia. Apa2 ujian yang mendatang,,kembalilah kpd Allah,,insyallah Allah akan tolong kita,Allah akn permudahkan jalan utk kita mghadapinya...bersabarlah menghadapinya....kuatkanlah hati menghadapinya...(pesan kat diri sendiri gak..huhu)...sesungguhnya Allah bersama-sama dhgan org2 yg sabar....=)
Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke negeri akhirat yg abadi....
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan;"Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut:2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah:216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah:286
RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 y beriman."
-Surah Al-Imran:139
BAGAIMANA HARUS AKU HADAPINYA?
"Wahai org2 yg beriman! Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah(dengan kekuatan pertahanan di daerah2 sempadan)serta bertaqwalah kamu kpd Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran:200
"Dan mintalah pertolongan kpd Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kpd org2 yg khusyuk".
-Surah Al-Baqarah:45
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada org2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..
-Surah At-Taubah:111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku,tiada Tuhan selain drNya. Hanya kpdNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah:129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!
"....dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf:12
Doa amalan Rasulullah..
Ya Allah,janganlah Engkau jadikan dunia ini kerungsingan kami yg besar...jadikanlah akhirat kerinduan kami.............amin

