Tak sangka buah cempedak menjadi nangka? haha
berjumpe ngan seseorang menyebabkan aku teringat kat someone..reflection of someone..sudahlah..itu sume kisah silam..=p Lupa kan aje....tapi sumone tu yg menyebabkan adanya blog ini..huhu
Assalamualaikum..selamat berpuasa semua!!! macam mana puasa anda pada hari ini?? dah 17 Ramadahan dah hari ni.Act saya lupe arini Nuzul Al-Qur'an,pagi-pagi tadi masa g opis,mood tak berapa ok,,ade je yg benda yang saya cepat nak marah..huu..saya dah lupe yang bulan puasa pun bulan melatih diri supaya jadik lebih baik.Puasa bukan hanya terletak pada menahan lapar dan dahaga,tapi menahan diri dari perkara-perkara yang tidak baik dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. So,menahan diri dari marah tu jugak termasuk dalam pakej berpuasa gak.Ingat tu! Time mood tak berapa ok tu,ada lah sorang hamba Allah ni yang duduk berdekatan ngan saya,die tgk mood sya tak berapa ok,,terus die ckap..hari ni kan Nuzul Al-Quran,,dah berapa juzuk baca? Urm..masa tu lah saya rase cam,,aduh,,tak patutnye saya marah2 tadi,alhamdulillah Allah gerakkan hati dia utk mengingtkan sya yang sekarang bulan puasa,,jangan lah nak mrah2 sgt..huhu.Ya Allah,terima kasih,kerana mengingatkan,sesungguhnya hambaMu ini mudah lupa,leka..
Dalam hati saya terdetik,mesti die dah banyak baca al-Quran dan berusaha utk mengkhatamkan Al-Quran..saya ni?? Ya Allah..jangan cakaplah...jadi malu ngan diri sendiri..banyak lagi sya kena tahu untuk memanfaatkan Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni.Sesiapa yang dlam usaha mengkhtamkan Al'Quran,baguslah..alhamdulilalh..moga anda terus bermujahadah untuk tetap terus mengkhatamkan Al'Quran.Sesiapa yang masih belum terfikir lagi nak memanfaatkan bulan Ramadhan ngan memperbanykkan baca Al-Quran,maka peluang masih lagi terbuka..masih ade lebih kurang 12 hari lagi untuk kita memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan ibadah seperti membaca AlQur'an.Marilah juga mencari malam Lailatul Qadar yang terdapat dalam 10 Ramadhan terakhir.Bagi saya,Bulan Ramadhan ialah bulan penyucian diri kita terutama sekali hati kita dari perkara-perkara yang tidak sepatutnya bertapak dalam diri seorang mukmin itu seperti sifa-sifat mazmumah(seperti riak,buruk sangka,mencela,mengumpat)Dalam meraih kembali kepada fitrah kejadian iaitu hati dan diri yang suci dan bersih, maka Allah menjadikan salah satu dalam bulan Islam iatu Bulan Ramadhan sebagai bulan penyucian diri kita supaya bersih dari sifat-sifat yang tecela.Maka,hamba Allah yang ikhlas dalam berpuasa dengan penuh ketaatan dan memahami konsep berpuasa itu sendiri,selayaknya dia mendapat didikan yang sempurna dalam menghadapi bulan-bulan yang selepasnya.Didikan yang mengajar erti mengawal hawa nafsu dengan baik supaya membentuk diri bersabar dalam ketaatan dan bersabar dalam bermujahadah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang.Semoga Aidifilfitri pada tahun ini lebih bermakna dengan kemenangan kita memaknakan Ramadhan..
Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan AKUlah yang memberi pahala puasanya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari)
PATAH HATI -SAUJANA
KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA
KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA
PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI
BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG
LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA
Alhamdulillah,,,alhamdulillah,,alhamdulillah..
Syukur ke hadrat Ilahi,seorang kawanku mengkhabarkan berita gembiranya kepadaku..i'm happy for you!! Berkat usaha and doa dia,Allah mengurniakan rezeki anak kepada dia setelah 2 tahun berkahwin..Alhamdulillah,,segala puji hanya pada Allah,,berkuasa memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya.Betapa bila kita berusaha,berdoa dan meminta org lain turut mendoakan sama,maka Allah dengan sifat Pengasih-Nya akan memudahkan jalan kita.
Saya berharap rezeki yang Allah anugerahkan itu bisa lebih mendekatkan diri dia kepada Ilahi...Tuhan pemberi rezeki..tanda kita bersyukur dengan pemberian-Nya.
-
--Ok,sya nak cakap pasal lelaki kat sini (tak pernah-pernah ye..huhu)..leh ke?? Saya nak cakap..yang lelaki tu pelindung kepada wanita..salah satu sifat yang kena ada pada seseorang lelaki ialah melindungi perempuan,,tolong la ye,,lindungilah kaum Hawa..jangan wat sesuatu yang leh merendahkan martabat seorang perempuan tu,lelaki yang baik ialah lelaki yang berusaha melindungi perempuan tu,menjaga maruah perempuan tu,menjaga iman di hatinya.Ni bukan setakat suami je yang kena lindungi isteri dia,tapi apabila lelaki tu di luar,,dia juga haruslah melindungi wanita yang berurusan dengan dia. Saya lebih menghormati lelaki-lelaki yang melindungi perempuan dari lelaki yang kurang sedar akan tanggungjwab mereka dalam melindungi perempuan.Jadilah lelaki yang soleh dengan melindungi perempuan..ok! peace!
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin (pelindung) bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (surah al-Nisa', 4:34).
Haa..tajuknye pass...boss aku cakp kat aku.."awak pass training"..Oh! pass ek,,betul ke ni,,cam tak sangka la..ye laa..banyak lagi benda yg aku tak mahir wat..tapi syukur..aku dah lulus..tapi..betul...bagi aku,,aku kene blaja lagi..coz aku tak cukup lagi mahir dalam keje aku..ye la pass kan..bukannye excellent..so..kalu pass tu..ade la markah dlam 40 peratus ke atas kan..so..oklah..heh..=p
ok,,nak cite pe lagi,,kat sini..ok,,nak ckap pasal..mengambil apa yg perlu sahaja.Maksudnya kat sini ,jangan berlebihan or melampaui batas dalam apa jua kita lakukan,kelak boleh mendatangkan mudarat,sebagai contoh..dadah,,dadah tu berguna dalam dose yg tertentu utk untuk diletakkan dalam ubat,tetapi bila dadah disalahgunakan iaitu diambil secara berlebihan,maka ia boleh memudaratkan kita..betul tak?..contoh len,,kalu makan banyak time buke pose (tak lama lagi bulan pose),makan lebih dari keperluan,maka..badan akan jadik tak larat nak dirikan solat terawih,,so,,makan sekadar yg perlu,,,iaitu cukuplah sampai kenyang je,toksah menyeksa perut ngan makan sume juadah dengan kuantiti yg banyak..tak ke itu memudaratkan..byk lagi contoh sebenarnye utk kite teladani and ambik iktibar,so..ambilah sekadar yg kite peru sahaja ok?!. (nasihat kat diri sendiri gak ni)
Ok,jom hayati plak hadis ni..
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa sallam bersabda,
“Demi Allah,dunia ini dibandingkan dengan akhirat ibarat seseorang yang mencelupkan jarinya ke laut, air yang tersisa di jarinya ketika diangkat itulah nilai dunia(laut diibaratkan seperti akhirat) ” (HR Muslim).
SubhanaAllah,akhirat tu lah sepatutnye jadik matlamat hidup kita...Dunia hanyalah sedikit nak dibandingkan ngan akhirat.So,,pilih mane? akhirat or dunia? anda lah yg menentukannya!..=)
-Saya hanya manusia biasa yang perlu kepada 'saling ingat-mengingati',,maka..ingatkanlah saya..-
21 Rejab
10.02 p.m
huuuhu..Takutnye saya..takut..semakin takut...
Ya Allah,,selamatkanlah aku...Ya Allah,,please guide me..
Urm..dah lame tak update ini blog,,sampai tak tau nak tulis pe dah.Sejak dapat keje tahun lepas,,dah tak rajin update blog.Banyak benda yang haku belajar pasal blog mase nganggur dulu yang haku dah lupe...aisey.Bile dah masuk alam pekerjaan,,macam2 org aku jumpe and berbagai2 pengalaman pahit manis aku dapat.Bile aku mula kerja,,balik kerja,,terasa penat giler,,aduyai..tak larat rasenye..Tapi ble dah lame2,,aku dah mula adapt ngan situasi hidup aku yg baru.Pastu,,ble kerja dari pagi sampai petang,,aku dapat rasekan kehidupan aku banyak dihabiskan utk kerja,,Duniawi.mase tulah aku fikir,,utk kite menjadi mukmin dan hamba Allah yang baik,,kita jangan terlupa dan abaikan tanggungjawab kita kepada Pencipta kite..Tuhan yang memberi rezeki kepada kite,bukankah Allah telah mengurniakan rezeki berbentuk pekerjaan kepada kita,,setelah sekian lame tak dapat keje,kemudian Allah kasik kite rezeki dapat pekerjaan,,,bukankah itu nikmat dari-Nya,,maka kite sebagai hambanya,,perlulah berterima kasih kepada-Nya dengan bersyukur.Camne care bersyukur??,,bersyukur dengan menunaikan hak-hak Allah seperti melaksankan dan menjaga solat.Yup,,kerja pun suatu ibadah..tapi ingat kita juga merupakan 'pekerja' Allah secara total.
“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku, Aku tidak mengendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak mengendaki supaya mereka memberi makan pada-Ku, Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai kekuatan Lagi Maha Sangat Kuat” (Adz Dzariat:56-58)
Kat mane pun bumi kite pijak,,maka ..berpegang teguhlah pada tali Allah,Bile kite mahukan sesuatu,maka minta lah kepada Allah,,sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Penyanyang.Urm..Ya Allah..pelihara dan lindungilah kami..tetapkan kami di jalan-Mu..amin..
Itu saje utk kali ni..(semoga mendapat manfaat)
10.20 p.m
03/5/2011